Pembangunan keupayaan komuniti menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning approach): pengalaman di Miso Walai Homestay Kinabatangan Sabah

Abdul Razzaq, Abdul Rasid and Mustafa, Mohamad Zaid and Syed A. Kader, Syed Shikh (2014) Pembangunan keupayaan komuniti menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning approach): pengalaman di Miso Walai Homestay Kinabatangan Sabah. In: Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi) dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional kali ke-4 (CiE-TVET 2014), 25-26 Ogos 2014, Mersing, Johor.

[img]PDF
272Kb

Abstract

Industri pelancongan sedang berkembang pesat dan merupakan antara penyumbang terpenting kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Di kebanyakan negara membangun pelancongan dijadikan sebagai strategi pembangunan terutamanya di kawasan luar bandar. Industri pelancongan berperanan dalam menjana peluang pekerjaan serta menjadi pemangkin kepada pembangunan infrastruktur di peringkat komuniti luar bandar. Perkembangan pelancongan turut menyumbang kepada pengurangan masalah penghijrahan belia ke bandar-bandar. Namun begitu kajiankajian lepas menunjukkan tidak banyak projek pelancongan berasaskan komuniti (PBK) yang dikatakan berjaya dan kebanyakannya adalah bergantung kepada bantuan luar. Kegagalan ini dikaitkan dengan ketidakupayaan komuniti merancang dan mengurus tadbir projek PBK. Sehubungan dengan itu kajian ini djalankan untuk meneroka proses penbangunan keupayaan komuniti bagi tujuan pembangunan PBK. Bagi memenuhi tujuan tersebut, pendekatan kajian kualitatif telah digunakan dengan memilih Miso Walai Homestay Kinabatangan, Sabah sebagai kajian kes. Seramai 19 14 orang informan utama telah dipilih sebagai peserta kajian ini berdasarkan teknik sampel bertujuan. Kaedah temu bual secara semi struktur telah digunakan oleh pengkaji dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan bantuan perisian NviVo 8. Dapatan kajian ini menunjukkan proses pembangunan keupayaan komuniti yang melibatkan aspek pengetahuan dan kemahiran adalah berdasarkan pendekatan pembelajaran secara informal iaitu menerusi aktiviti kajian, penglibatan dalam perancangan, lawatan sambil belajar, seminar dan kursus serta perbincangan dalam kumpulan

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
ID Code:6758
Deposited By:Mrs. Nurhayati Ali
Deposited On:08 Apr 2015 14:53
Last Modified:08 Apr 2015 14:53

Repository Staff Only: item control page