Pembangunan prototaip asas automasi kimpalan

Amiruddin, Mohd Hasril and Sumarwati, Sri and Rosly, Mohamad Rosalhafis (2021) Pembangunan prototaip asas automasi kimpalan. In: Pembangunan Produk & Reka Bentuk (Product Development & Design). Penerbit UTHM, UTHM, pp. 39-52. ISBN 978-967-2975-67-0

[img] Text
5.pdf
Restricted to Registered users only

Download (389kB) | Request a copy

Abstract

Prototaip adalah satu bentuk objek sebenar yang dikecilkan skala mengikut skala yang telah ditetapkan dalam sebarang bidang rekabentuk. Kajian ini bertujuan untuk merekabentuk prototaip asas automasi kimpalan, membangunkan prototaip asas automasi kimpalan dan mengenalpasti kebolehfungsian prototaip asas automasi kimpalan. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji adalah Model ADDIE. Responden telah dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Responden terdiri daripada Penolong Jurutera daripada kursus mekanikal yang terdapat di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dapatan kajian mendapati bahawa prototaip pengajaran dan pembelajaran ini kepada tiga bahagian iaitu lengan robot, pengawal motor servo dan papan grid. Bagi lengan robot, pengkaji telah memasang lengan robot mengikut struktur yang diinginkan dan kemudian memasang servo motor pada setiap sendi lengan robot. Seterusnya pengkaji telah memasang wayar motor pada pengawal motor servo bagi menggerakkan tangan robot. Produk yang dibina oleh pengkaji mempunyai reka bentuk yang menarik disamping mesra pengguna kerana ia ringan dan mudah untuk dibawa, ia akan memudahkan para pelajar dan pengajar untuk melakukan sesi pembelajaran di dalam kelas. Kajian ini menunjukkan bahawa prototaip ini sesuai dijadikan ABBM sama ada penggunaannya di dalam kelas bagi pembelajaran secara teori mahupun dimakmal untuk pembelajaran secara amali.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Asas automasi kimpalan; model ADDIE
Subjects: T Technology > TS Manufactures > TS200-770 Metal manufactures. Metalworking
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 20 Mar 2022 06:56
Last Modified: 20 Mar 2022 06:56
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6776

Actions (login required)

View Item View Item