Alat pengesan paras dan kualiti air sistem menara pendingin berbantukan IoT

Diris, Siti Nur Fazirah and Abdul Rahman, Khairul Anuar and Rahim, Mohd Bekri and Razali, Nizamuddin and Gerijih, Debie Devisser (2021) Alat pengesan paras dan kualiti air sistem menara pendingin berbantukan IoT. In: Pembangunan Produk & Reka Bentuk (Product Development & Design). Penerbit UTHM, UTHM, pp. 78-87. ISBN 978-967-2975-67-0

[img] Text
8.pdf
Restricted to Registered users only

Download (417kB) | Request a copy

Abstract

Alat Pengesan Paras dan Kualiti Air Sistem Menara Pendingin berbantukan IoT ini merupakan sejenis alat yang boleh memantau, merekod dan membaca paras dan kualiti air menggunakan telefon pintar. Pengguna sebelum ini perlu memanjat menara pendingin untuk memantau paras dan kualiti air sistem menara pendingin. Ini menyebabkan pekerja memerlukan tenaga kerja dan masa penyelenggaraan yang banyak dalam kerja penyelenggaraan sistem menara pendingin. Antara objektif kajian ini adalah mereke bentuk Alat Pengesan Paras dan Kualiti Air Sistem Menara Pendingin berbantukan IoT, membangunkan reka bentuk Alat Pengesan Paras dan Kualiti Air Sistem Menara Pendingin berbantukan IoT dan menguji kesesuain penggunaan bahan yang digunakan dalam Alat Pengesan Paras dan Kualiti Air Sistem Menara Pendingin berbantukan IoT. Produk ini menggunakan aplikasi Blynk sebagai platform untuk memantau paras dan kualiti air sistem menara pendingin dan menghantar data yang dikumpul kepada telefon pintar pengguna. Proses pembangunan Alat Pengesan Paras dan Kualiti Air Sistem Menara Pendingin berbantukan IoT ini adalah berasaskan model ADDIE yang merangkumi fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan pengujian. Proses pengekodan untuk sistem pemantauan ini adalah menggunakan perisian Arduino IDE. Manakala perisian Fritzing digunakan untuk melakarkan litar skematik bagi sambungan Alat Pengesan Paras dan Kualiti Air Sistem Menara Pendingin berbantukan IoT. Tiga orang pakar telah dipilih untuk menguji kesesuaian reka bentuk produk yang telah dibangunkan ini. Secara keseluruhannya, reka bentuk produk ini sesuai untuk digunakan dan objektik kajian yang telah ditetapkan dapat dicapai oleh pengkaji.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Kualiti air menara pendngin; Internet of Things, alat pengesan kualiti air
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > T Technology (General) > T173.2-174.5 Technological change
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 21 Mar 2022 03:34
Last Modified: 21 Mar 2022 03:34
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6779

Actions (login required)

View Item View Item