Rahim, Mohd Bekri and Mahad Musa, Muhammad Zaki and Nur Yunus, Faizal Amin and Abdul Rahman, Khairul Anuar and Baharudin, Nurhayati (2021) Kit pengajaran diagnostic air-conditioning training unit. In: Pembangunan Produk & Reka Bentuk (Product Development & Design). Penerbit UTHM, UTHM, pp. 88-98. ISBN 978-967-2975-67-0
Text
9.pdf Restricted to Registered users only Download (261kB) | Request a copy |
Abstract
Alat bahan bantu mengajar (ABBM) merupakan satu alat atau bahan yang digunakan di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk membantu tenaga pengajar dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian isi pelajaran dengan menggunakan pendekatan pembelajaran secara kendiri. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk membangunkan kit pengajaran diagnosis sistem penyamanan udara bagi kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara untuk pelajar Kolej Vokasional. Objektif utama kajian ini adalah mereka bentuk dan menganalisis kebolehfungsian terhadap kit pengajaran yang dibangunkan. Model ADDIE digunakan sebagai panduan di dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan 10 orang responden termasuklah pakar yang terdiri daripada pensyarah Fakulti kejuruteraan Mekanikal Pembuatan, UTHM dan pensyarah Kolej Vokasional bagi menguji serta melihat kebolehfungsian kit pengajaran yang dibangunkan. Berdasarkan kepada maklum balas yang diberikan melalui borang pengesahan pakar dan borang soal selidik. Kit pengajaran yang dibangunkan ini sebagai ABBM amat sesuai digunakan sebagai satu daripada bahan pembelajaran oleh pelajar di Kolej Vokasional khususnya yang mengambil kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara. Kit pengajaran ini memenuhi kriteria�kriteria yang diperlukan oleh pakar bersetuju bahawa elemen-elemen seperti mudah digunakan, mudah alih dan menarik minat pelajar telah diterapkan oleh pengkaji. Oleh yang demikian, hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu tenaga pengajar dan secara tidak langsung membantu pelajar menguasai topik yang dipelajarinya serta meningkatkan lagi kecemerlangan dalam diri di era globalisasi. Alat bahan bantu mengajar (ABBM) merupakan satu alat atau bahan yang digunakan di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk membantu tenaga pengajar dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian isi pelajaran dengan menggunakan pendekatan pembelajaran secara kendiri. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk membangunkan kit pengajaran diagnosis sistem penyamanan udara bagi kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara untuk pelajar Kolej Vokasional. Objektif utama kajian ini adalah mereka bentuk dan menganalisis kebolehfungsian terhadap kit pengajaran yang dibangunkan. Model ADDIE digunakan sebagai panduan di dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan 10 orang responden termasuklah pakar yang terdiri daripada pensyarah Fakulti kejuruteraan Mekanikal Pembuatan, UTHM dan pensyarah Kolej Vokasional bagi menguji serta melihat kebolehfungsian kit pengajaran yang dibangunkan. Berdasarkan kepada maklum balas yang diberikan melalui borang pengesahan pakar dan borang soal selidik. Kit pengajaran yang dibangunkan ini sebagai ABBM amat sesuai digunakan sebagai satu daripada bahan pembelajaran oleh pelajar di Kolej Vokasional khususnya yang mengambil kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara. Kit pengajaran ini memenuhi kriteria�kriteria yang diperlukan oleh pakar bersetuju bahawa elemen-elemen seperti mudah digunakan, mudah alih dan menarik minat pelajar telah diterapkan oleh pengkaji. Oleh yang demikian, hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu tenaga pengajar dan secara tidak langsung membantu pelajar menguasai topik yang dipelajarinya serta meningkatkan lagi kecemerlangan dalam diri di era globalisasi.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | ABBM; diagnostic air-conditioning training unit |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > TH7005-7699 Heating and ventilation. Air conditioning |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan |
Date Deposited: | 21 Mar 2022 03:35 |
Last Modified: | 21 Mar 2022 03:35 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6780 |
Actions (login required)
View Item |