Mesin pengering asam keping

Zainuddin, Nur Ain and Zakaria, Normah and Ahmad, Muhammad Fazrulhelmi and Rubani, Siti Nur Kamariah and Hamzah, Norhasyimah and Ariffin, Arihasnida (2021) Mesin pengering asam keping. In: Pembangunan Produk & Reka Bentuk (Product Development & Design). Penerbit UTHM, UTHM, pp. 24-31. ISBN 978-967-2817-45-1

[img] Text
3.pdf
Restricted to Registered users only

Download (568kB) | Request a copy

Abstract

Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk menghasilkan satu alat pengering yang mampu mempercepatkan proses pengeringan makanan dan juga menjamin kebersihan makanan yang dihasilkan. Sebelum ini, pengusaha asam keping melakukan proses pengeringan secara tradisional iaitu menjemur dibawah cahaya matahari di Kawasan lapang tanpa melindungi makanan dengan penutup. Makanan yang dijemur terdedah kepada pencemaran, haiwan dan masalah cuaca. Objektif kajian adalah untuk mereka bentuk mesin pengering asam keping yang mempunyai kawalan suis ditelefon pintar dan juga bekas yang tertutup. Proses pembangunan mesin pengering asam keping ini belandaskan kepada reka bentuk pembangunan model design thinking yang mengandungi lima fasa iaitu fasa empati, takrif, idea, prototaip dan pengujian. Reka bentuk projek ini dibangunkan dengan menggunakan perisisan Sketchup bagi mereka bentuk prototaip alat pengering tersebut. Pendawaian bagi litar alat pengering ini dilakukan dengan berpandukan litar yang telah dirancang dan pengujian produk melibatkan ujikaji di makmal. Pengujian dilakukan bagi memastikan litar berfungsi dan selamat untuk digunakan. Projek ini menggunakan arduino uno, pengesan suhu LM35, litar geganti dan aplikasi Blynk di telefon pintar. Produk ini telah melibatkan pengesahan pakar seramai tiga orang yang terdiri daripada dua orang pensyarah dan seorang pembantu makmal. Secara keseluruhan, mesin pengering asam keping ini berfungsi dengan baik dan mencapai objektif yang telah ditetapkan

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Mesin pengering; asam keping; pengesan suhu
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 21 Mar 2022 03:38
Last Modified: 21 Mar 2022 03:38
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6784

Actions (login required)

View Item View Item