Reka bentuk semula produk menggunakan kaedah reka bentuk untuk pembuatan dan pemasangan melalui kejuruteraan balikan

Yunus, Faizal Amin Nur and Ahmad, Nur Athirah and Rahim, Mohd Bekri and Gerijih, Debie Devisser and Abdul Rahman, Khairul Anuar and Ali, Khairul Fahmi (2021) Reka bentuk semula produk menggunakan kaedah reka bentuk untuk pembuatan dan pemasangan melalui kejuruteraan balikan. In: Pembangunan Produk & Reka Bentuk (Product Development & Design). Penerbit UTHM, UTHM, pp. 32-48. ISBN 978-967-2817-45-1

[img] Text
4.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Pada asasnya, dalam kajian kejuruteraan, jurutera mekanikal atau reka bentuk menggunakan DFMA ini sebagai titik rujukan mereka dalam membuat reka bentuk semula produk baru. DFM berfungsi sebagai prosedur memaksimakan penggunaan proses pembuatan untuk menghasilkan produk dan DFA berfungsi untuk memaksimakan penggunaan komponen dalam sesebuah produk. Walau bagaimanapun, terdapat juga wujud keperluan yang jelas untuk berkembang teknik seperti untuk menunjukkan bagaimana produk yang harus direka semula berkenaan dengan keperluan pelanggan dan fungsi yang berkaitan. Objektif utama kajian ini adalah menganalisis reka bentuk produk asal menggunakan metodologi kejuruteraan balikan kemudian mencadangkan reka bentuk semula produk berdasarkan reka bentuk pemikiran reka bentuk pembuatan dan pemasangan (DFMA). Reka bentuk semula ini dilakukan adalah untuk mereka bentuk semula produk sedia ada menjadi lebih berkesan, jimat dan meningkatkan kecekapan pemasangan produk berdasarkan pemilihan bahan dan proses. Dalam menjalankan kajian ini empat fasa dijalankan bermula daripada pemilihan produk kemudian menggunakan mengeluarkan maklumat produk melalui kaedah kejuruteraan balikan. Seterusnya melalui maklumat yang dikeluarkan reka bentuk semula dihasilkan dan dimodelkan dalam CAD. Akhir sekali, proses penganalisisan dijalankan menggunakan perisian reka bentuk pemasangan dan pembuatan ini. Hasil daripada analisis ini, keberkesanan reka bentuk “indeks DFA” telah meningkat daripada 10.6% ke 5.8%. Masa pemasangan kipas meja untuk reka bentuk asal adalah 642.19s dan reka bentuk semula adalah 539.71s ini untuk menunjukkan pengurangan yang telah berlaku. Dalam kajian ini, pengurangan kos keselurahan DFMA adalah RM 2.07 bagi reka bentuk semula, kos bahan pembuatan berkurang dari RM 25.93 ke RM 23.27.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Reka bentuk untuk pemasangan dan pembuatan; kejuruteraan balikan; ekonomi
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 21 Mar 2022 03:40
Last Modified: 21 Mar 2022 03:40
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6786

Actions (login required)

View Item View Item