Pembangunan tenaga solar menggunakan konsep hibrid bagi sistem penyaman udara unit pisah

Saad, Mohd Nazmi and Rahim, Mohd Bekri and Razali, Nizamuddin and Baharudin, Nurhayati and Ali, Khairul Fahmi (2021) Pembangunan tenaga solar menggunakan konsep hibrid bagi sistem penyaman udara unit pisah. In: Pembangunan Produk & Reka Bentuk (Product Development & Design). Penerbit UTHM, UTHM, pp. 99-110. ISBN 978-967-2817-45-1

[img] Text
10.pdf
Restricted to Registered users only

Download (762kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini merupakan pembangunan tenaga solar menggunakan konsep hibrid. Matlamat utama yang difokuskan dalam pembangunan produk ini ialah menghasilkan sistem tenaga solar yang dapat membantu elektrik domestik dalam penggunaan penyaman udara. Seterusnya objektif kajian ini adalah untuk mereka bentuk, membangunkan dan menilai kebolehfungsian tenaga solar menggunakan konsep hibrid. Kaedah reka bentuk model ADDIE yang terdapat lima fasa utama yang iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian telah digunakan dalam pembangunan tenaga solar menggunakan konsep hibrid ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan tenaga solar pada penyaman udara dapat menurunkan suhu sebanyak 33% dari suhu permulaan sehingga bateri memberi amaran untuk berhenti. Selain itu juga dapatan kajian menunjukan penggunaan arus tenaga solar yang lebih rendah berbanding elektrik domestik dengan perbezaan 0.5 ampere untuk arus permulaan dan 0.1 untuk arus operasi. Pembangunan sistem tenaga solar ini dianggap sebagai satu kaedah alternatif yang mesra pengguna dan teknologi hijau yang meningkatkan penjimatan dalam penyaman udara. Akhir sekali pembangunkan produk tenaga solar menggunakan konsep hibrid merupakan satu alternatif lain untuk mengurangan tenaga elektrik bagi kegunaan sistem penyaman udara yang sedia ada.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Tenaga solar; konsep hibrid; penyaman udara; elektrik domestik
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH7005-7699 Heating and ventilation. Air conditioning
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 21 Mar 2022 03:49
Last Modified: 21 Mar 2022 03:49
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6792

Actions (login required)

View Item View Item