Garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak bina bagi kontraktor binaan

Md Piah, Mohd Fauzi (2003) Garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak bina bagi kontraktor binaan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
633Kb

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti satu garis panduan keselamatan dan kesihatan di tapak bina bagi kontraktor binaan dan mengenalpasti persepsi penggunaan garis panduan keselamatan dan kesihatan ke atas para pekeIja dan. kontraktor binaan. Seramai 50 orang pekeIja binaan di sekitar daerah Batu Pahat dan Kluang dijadikan sampel kajian. Pemilihan sampel adalah secara rawak mudah. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan kemudiannya dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Sciences). Data-data yang diperolebi daripada borang soal selidik dianalisis dalam bentuk min dan sisihan piawai. Keputusan dibentangkan dalam bentukjadual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaaan garis panduan keselamatan dan kesihatan di tapak bin a bagi pekeIja binaan dapat mengurangkan kadar kemalangan di tapak bina. Akhir sekali, didapati satu kajian tentang penyediaan modul untuk program keselamatan (safety training programme) khusus kepada pelajar yang mengikuti pengajian kejuruteraan awam wajar dijalankan.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:building sites, safety measures, construction industry
Subjects:T Technology > TH Building construction
ID Code:680
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:29 Mar 2011 10:00
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page