Kajian pengoptimuman penyahikatan larutan menggunakan kaedah permukaan sambutan

M. Amin, Sri Yulis and Muhamad, Norhamidi and Abdullah, Shahrir and Jamaludin, Khairur Rijal (2008) Kajian pengoptimuman penyahikatan larutan menggunakan kaedah permukaan sambutan. In: Seminar Advanced Manufacturing Research Group (AMREG2008), 12 Jun 2008, The Royale Bintang, Seremban.

[img]
Preview
PDF
5Mb

Abstract

Proses penyingkiran bahan pengikat polietilena glikol (PEG) dari padatan pengacuan suntikan logam dikaji pada pelbagai nilai beban serbuk, suhu larutan dan juga masa rendaman, atau pembolehubah tak bersandar. Rekabentuk gubahan memusat berputar digunakan untuk mengkaji kesan pembolehubah tersebut terhadap kekuatan jasad perang, atau pembolehubah bersandar. Kertas kerja ini membincangkan penggunaan Kaedah Permukaan Sambutan(RSM) dalam mengoptimumkan parameter pemprosesan penyahikatan larutan bagi padatan serbuk keluli tahan karat SS316L (saiz purata 19.6 µm) untuk mencapai kekuatan jasad perang yang maksimum. Berdasarkan nilai optimum yang diperolehi (beban serbuk 64% isipadu, suhu larutan sebanyak 59oC dan masa rendaman selama 3 jam), kekuatan jasad perang maksimum yang dicapai adalah 5 MPa. Beban serbuk memiliki kesan paling signifikan terhadap kekuatan jasad perang, diikuti masa rendaman dan suhu larutan. Kaedah ini memberi kemudahan dalam penyelidikan penyahikatan larutan pada masa akan datang terutamanya untuk menyingkirkan PEG dari jasad anum dengan hanya menggunakan persamaan matematik tanpa perlu melakukan ujikaji.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:penyahikatan larutan;PEG;kaedah permukaan sambutan
Subjects:T Technology > TP Chemical technology > TP1-154 Chemical technology
Divisions:Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering > Department of Engineering Mechanics
ID Code:6800
Deposited By:En. Sharul Ahmad
Deposited On:14 Jun 2015 15:37
Last Modified:14 Jun 2015 15:37

Repository Staff Only: item control page