Razali, Nizamudin and Mohd Shaffi, Nor Izuani and Rahim, Mohd Bekri and Nur Yunus, Faizal Amin and Abdul Rahman, Khairul Anuar and Baharudin, Nurhayati (2021) Pembangunan modul pembelajaran Advance CAD in HVAC. In: Pembangunan produk penyejukbekuan dan penyaman udara. Penerbit UTHM, UTHM, pp. 133-150. ISBN 978-967-2817-29-1
Text
C3748_52d29847953c92106c99ce333b6e618e.pdf Restricted to Registered users only Download (397kB) | Request a copy |
Abstract
Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran hari ini telah dibentuk untuk menghasilkan pendidikan yang lebih berkualiti dan berkesan. L. Roger (2001) menyatakan bahawa pelajar kurang berminat dengan pengajaran yang diajar oleh guru dengan menggunakan kaedah pengajaran konvensional dan guru harus melakukan perubahan yang lebih baik dalam proses pengajaran, bermotivasi serta meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Penggunaan modul pembelajaran sebagai sumber rujukan dalam pelaksanaan proses pembelajaran adalah kaedah yang digunakan oleh pendidik pada masa kini. Ia akan meningkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran di dalam kelas. Penggunaan modul sebagai bahan bantu mengajar (ABBM) dapat memberikan maklumat dengan lebih jelas dan sistematik kepada pelajar yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar (Musa & Mohamad, 2013). Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan modul Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD). Pembangunan modul ini adalah merujuk kepada Model Pembinaan Modul Sidek. Pemilihan model ini sesuai kerana elemennya tersusun dan teratur. Modul terakhir akan dinilai melalui pengesahan 3 pakar yang terdiri daripada pensyarah berpengalaman dalam bidang AutoCAD dan HVAC. Soal selidik yang digunakan merangkumi tiga aspek penting dalam menilai kualiti modul ini iaitu dari aspek inter-aktiviti modul,
Item Type: | Book Section |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Modul; advance CAD: pembelajaran; modul Sidek |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > T61-173 Technical education. Technical schools |
Depositing User: | Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan |
Date Deposited: | 21 Mar 2022 04:00 |
Last Modified: | 21 Mar 2022 04:00 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6804 |
Actions (login required)
View Item |