Simulasi kerosakkan pada sistem penyaman udara sebagai alat bahan bantu mengajar

Razali, Nizamudin and Posius @ Wilfred, Branden and Nur Yunus, Faizal Amin and Abdul Rahman,, Khairul Anuar and Gerijih, Debie Devisser (2021) Simulasi kerosakkan pada sistem penyaman udara sebagai alat bahan bantu mengajar. In: Pembangunan produk penyejukbekuan dan penyaman udara. Penerbit UTHM, UTHM, pp. 151-167. ISBN 978-967-2817-29-1

[img] Text
C3749_7ae4fd1aadf2c17a0d0c49d072091ff9.pdf
Restricted to Registered users only

Download (356kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan satu ABBM bagi membantu aktiviti pembelajaran menjadi lebih baik dan menarik. Antara isu - isu yang menyokong pembangunan produk ini adalah kekurangan variasi rangsangan dalam aktiviti pembelajaran, penggunaan Chalk and Talk masih kerap digunakan pada zaman sekarang dan kekurangan elemen afektif dalam sesi pengajaran di dalam kelas. Produk ini dibangunkan bagi membantu sesi pembelajaran pelajar yang mempelajari kursus MPP3023 (Menyiasat, membaiki dan menyelenggara) dalam program penyaman udara dan penyejukbekuan. Produk ini dibangunkan dengan menggunakan elemen Internet of Things (IoT) selaras dengan kemajuan teknologi dan Revolusi Industri 4.0. Tujuan kajian ini adalah untuk menerapkan penggunaan ABBM yang lebih kerap dan membantu guru - guru menyampaikan isi pengajaran berkenaan dengan kerosakan - kerosakan yang berlaku dalam sistem penyaman udara. Pembangunan produk ini dilakukan dengan mematuhi reka bentuk Model ADDIE. Borang soal selidik digunakan dan diedarkan kepada 3 pakar yang mempunyai pengalaman dalam bidang penyejukbekuan dan penyaman udara. Item - item dalam borang soal selidik adalah menyentuh kepada aspek reka bentuk produk, pembangunan produk & kebolehfungsian produk. Hasil dapatan keseluruhan mendapati responden bersetuju dan menyokong item - item pada bahagian reka bentuk produk dan kebolehfungsian produk. Walaubagaimanapun kesukaran untuk membangunkan produk ini dipertikaikan oleh seorang pakar dan perkara ini telah dipertimbangkan oleh pengkaji.Secara keseluruhannya, hasil komen dan penambahbaikan oleh pakar dapat membantu pengkaji dalam meningkatkan lagi keberkesanan produk dalam kajian seterusnya.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Penyejukbekuan; penyaman udara; ABBM
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA168 Systems engineering
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 22 Mar 2022 01:05
Last Modified: 22 Mar 2022 01:05
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6809

Actions (login required)

View Item View Item