Strategi pengurusan fasiliti landskap ke arah Kampus Lestari di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Mohd Yunos, Yusnorsyazana (2019) Strategi pengurusan fasiliti landskap ke arah Kampus Lestari di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS.pdf

Download (832kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Kemudahan dan sistem sokongan fasiliti yang terbaik dapat mewujudkan kawasan persekitaran yang lebih berkualiti dan menyokong pembangunan di kampus Institusi Pengajian Tinggi ke arah kampus lestari. Pelaksanaan kampus lestari merupakan salah satu agenda negara dan Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Walau bagaimanapun, strategi dan indikator yang perlu dikenalpasti ke arah pelaksanaan kampus lestari masih menjadi persoalan. Dengan demikian, kajian ini memfokuskan kepada bagaimana untuk mengenalpasti indikator pengurusan fasiliti landskap bagi pelaksanaan kampus lestari dan juga apakah strategi penambahbaikan pengurusan fasiliti landskap lestari di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Metodologi kajian yang digunapakai adalah pendekatan kuantitatif melalui instrumen kaji selidik bagi objektif pertama dan kedua yang melibatkan responden yang terdiri daripada 74 orang staf Unit Landskap serta pihak kontraktor penyelenggaraan landskap di UTHM manakala pendekatan kualitatif melalui instrumen temubual daripada 5 orang pakar dalam pengurusan landskap bagi mendapatkan interpretasi deskriptif bagi objektif ketiga. Proses pengutipan data mengambil masa 1 bulan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan analisis faktor untuk mendapatkan dimensi pengurusan fasiliti melalui empat elemen utama iaitu sumber manusia, teknologi dan ICT, proses kerja dan juga harta tanah. Manakala tiga elemen kelestarian iaitu persekitaran, sosial dan ekonomi adalah berdasarkan kepada tujuh teras dalam Strategi Dasar Landskap Negara. Hasil kajian bagi objektif pertama mendapati bahawa pengurusan fasiliti landskap yang baik iaitu dikenalpasti dalam tiga elemen komponen pengurusan sumber manusia, satu elemen dalam komponen pengurusan teknologi dan ICT, empat elemen dalam komponen Proses kerja dan empat elemen dalam komponen Pengurusan Harta Tanah. Hasil kajian juga mendapati bahawa sistem pengurusan fasiliti landskap sedia ada perlu dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa berikutan amalan kerja semasa yang kurang memuaskan bagi mencapai indikator kampus lestari. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa elemen kampus lestari yang boleh digunapakai sebagai strategi pengurusan fasiliti landskap ke arah kampus lestari di UTHM. Novelti kajian ini adalah strategi pelaksanaan pengurusan fasiliti landskap ke arah kampus lestari. Ia diukur dari indikator berdasarkan komponen kampus lestari yang telah ditetapkan dan mampu untuk menggalakkan amalan pengurusan fasiliti landskap yang terbaik dan lebih sistematik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH3301-3411 Maintenance and repair
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 30 Aug 2021 03:01
Last Modified: 30 Aug 2021 03:01
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/681

Actions (login required)

View Item View Item