Keberkesanan pelaksanaan kerja makmal program Teknologi Kejuruteraan Mekanikal KUiTTHO : sistem penilaian ujikaji makmal Teknologi Kejuruteraan Mekanikal

Ibrahim, Mastura (2003) Keberkesanan pelaksanaan kerja makmal program Teknologi Kejuruteraan Mekanikal KUiTTHO : sistem penilaian ujikaji makmal Teknologi Kejuruteraan Mekanikal. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
939Kb

Abstract

Laporan Projek Sarjana ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk "Keberkesanan Pelaksanaan Ujikaji Makmal Program Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, KUiTTHO : Sistem Penilaian Ujikaji Makmal Teknologi Kejuruteraan Mekanikal. Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap kaedah sistem penilaian ujikaji yang dijalankan, tahap penguasaan pelajar terhadap ujikaji yang dijalankan dan ciri-ciri sistem penilaian ujikaji makmal di Makmal Teknologi Kejuruteraan Mekanikal. Data dipungut daripada 47 orang responden dan instrumen kajian menggunakan borang soal selidik dan temubual. Data tersebut dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS versi 10 dan dipersembahkan dalam bentuk min dan sisihan piawai. Dapatan kajian ini menunjukkan reaksi yang positif daripada responden terhadap pelaksanaan sistem penilaian ujikaji Makmal Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dengan min keseluruhan ialah 3.57 dan sisihan piawai 0.21. Keberkesanan sesuatu ujikaji makmal adalah bergantung kepada tahap penguasaan pelajar dalam menjalankan ujikaji tersebut di samping kaedah sistem penilaian yang efisyen.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:physical instruments, mechanical engineering
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
ID Code:691
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:30 Mar 2011 08:57
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page