Kepentingan pengetahuan dan kemahiran tentang penggunaan alat sistem keselamatan kebakaran di makmal Kejuruteraan Awam KUiTTHO

Tang , Hing Kwong (2002) Kepentingan pengetahuan dan kemahiran tentang penggunaan alat sistem keselamatan kebakaran di makmal Kejuruteraan Awam KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
959Kb

Abstract

Kebakaran merupakan satu kemalangan yang mudah berlaku di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Ia merupakan sebahagian masalah yang sukar dibendung sungguhpun pelbagai usaha dan peraturan dikenakan. Menurut teori Standard Temperature Curve, masa yang sesuai memadarnkan sesuatu kebakaran adalah di antara 1 hingga 4 minit pertarna. Narnun demikian jangka masa yang kritikal ini adalah arnat sukar bagi Jabatan Bomba dan Penyelarnat untuk sarnpai ke tempat kebakaran. Oleh itu, penghuni bangunan perlu memainkan peranan untuk memadam api. Tetapi wujud persoalannya di sini adakah juruteknik makmal dan pelajar-pelajar mempunyai kemahiran memadam api. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti aspek sikap dan tanggungjawab juruteknik makmal terhadap keselamatan kebakaran dan kerja pemeriksaan sistem pencegahan kebakaran. Selain itu, penyelidik cuba ingin mengenal pasti sama ada pelajar mempunyai kemahiran untuk menghadapi kebakaran atau tidak. Malahan penyelidik juga ingin mengetahui sama ada Pasukan Cegah Kebakaran Sukarela perlu ditubuhkan di KUiTTHO atau tidak. Hasil daripada kajian yang dijalankan atau maklum balas yang diterima dari responden didapati bahawa sikap juruteknik makmal terhadap keselamatan kebakaran dan kemahiran pelajar menggunakan alat pemadarn api adalah pada tahap yang memuaskan. Tetapi bagi kerja penyelamatan dan kerja pemeriksaan sistem pencegahan kebakaran adalah kurang memuaskan. Oleh itu, didapati majoriti responden bersetuju bahawa Pasukan Cegah Kebakaran Sukarela perlu ditubuhkan di KUiTTHO untuk menjaga keselamatan harta benda dan nyawa penghuni di sepanjang masa.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:fire prevention, equipment and supplies, safety measures
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
ID Code:692
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:30 Mar 2011 09:10
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page