Pengintegrasian latihan vokasional masakan dan pendidikan islam di pusat pemulihan akhlak remaja

Abd Aziz , Zalina@Siti Aishah and Esa, Ahmad (2013) Pengintegrasian latihan vokasional masakan dan pendidikan islam di pusat pemulihan akhlak remaja. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2013, 11-12 November 2013, Hotel Copthorne Orchid, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
292Kb

Abstract

Penubuhan Pusat Pemulihan Akhlak Remaja bertujuan untuk memberi perlindungan, bimbingan dan latihan kemahiran kepada pelatih remaja. Dalam Pusat Pemulihan Akhlak Remaja latihan vokasional masakan dan pendidikan Islam menjadi sebahagian daripada latihan kurikulum mereka. Daripada kemahiran yang diperoleh membolehkan pelatih memperoleh pekerjaan. Namun begitu terdapat institusi latihan yang tidak menyediakan latihan vokasional yang sistematik menyebabkan pelatih kurang menguasai kemahiran vokasional masakan dan pendidikan Islam. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dibuat untuk melihat bagaimana amalan latihan vokasional dan pendidikan Islam, pengintegrasian latihan vokasional masakan dan pendidikan Islam serta keberkesanan latihan vokasional dijalankan di institusi ini. Reka bentuk kajian adalah penyelidikan deskriptif tinjauan sampel dan tiga instrumen yang digunakan ialah soal selidik, analisis dokumen dan temu bual bagi mendapatkan data triangulation. Populasi seramai 102 pelatih dan semua dijadikan sampel kajian. Cadangan pengintegrasian latihan vokasional masakan dan pendidikan Islam diharap memberi penambahbaikan dalam pelaksanaan latihan vokasional masakan dan pendidikan Islam.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:latihan vokasional masakan pendidikan Islam dan pengintegrasian
Subjects:L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
ID Code:6923
Deposited By:Prof. Madya Dr Ahmad Bin Esa
Deposited On:19 May 2015 17:49
Last Modified:19 May 2015 17:49

Repository Staff Only: item control page