Development of teamwork skills through extra-curricular hockey among students in UTHM

Buhari, Alunawati and Esa, Ahmad (2014) Development of teamwork skills through extra-curricular hockey among students in UTHM. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014, 25-26 September 2014, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
312Kb

Abstract

Penglibatan dalam kokurikulum semakin penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran sama ada di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT). Penglibatan dalam kokurikulum boleh mewujudkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Majikan masa kini lebih mementingkan kemahiran insaniah yang tinggi terhadap bakal pekerjanya. Kemahiran kerja berpasukan merupakan salah satu elemen Kemahiran Insaniah (KI). Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti penerapan, kesedaran dan penguasaan terhadap kemahiran kerja berpasukan menerusi kokurikulum khususnya dalam permainan hoki di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Reka bentuk kajian yang telah dipilih oleh penyelidik adalah berbentuk kajian kes. Dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan sekumpulan pelajar yang melibatkan diri dalam kokurikulum hoki di UTHM sebagai sampel kajian. Penyelidik memilih kajian kes sebagai rekabentuk kajian kerana melalui kajian kes, maklumat yang diperoleh amat teliti dan mendalam telah dikumpul untuk menjawab persoalan kajian. Instrumen yang digunakan adalah borang selidik, temubual, pemerhatian, dan analisis dokumen yang digunakan untuk mengumpul data mengenai penerapan, kesedaran dan penguasaan kemahiran berpasukan dalam kalangan responden. Jumlah populasi yang terlibat adalah seramai 33 orang pelajar yang melibatkan diri dalam kokurikulum sukan hoki di UTHM. Penyelidik menggunakan semua populasi sebagai sampel kajian. Hasil soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 2.0. Kajian ini mencadangkan agar jurulatih atau pensyarah kursus menjadi role models yang dapat menerapkan kemahiran kerja berpasukan yang berterusan supaya dapat menjadi ikutan pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kokurikulum; kemahiran insaniah (soft skill); kemahiran kerja berpasukan.
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
ID Code:6927
Deposited By:Prof. Madya Dr Ahmad Bin Esa
Deposited On:21 May 2015 15:10
Last Modified:21 May 2015 15:10

Repository Staff Only: item control page