Kirin, Arwansyah and Ismail, Faisal Husen and Masruri, Muhammad and Siti Marpuah, Siti Marpuah and Ahmad Bakri, Hafizah and Wan Zahari, Wan Shahira Mardhiah (2022) Tahap kepuasan pelajar terhadap aplikasi dalam talian dan si kap pensyarah dalam pembelajaran jarak jauh di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) semasa pandemik Covid-19. Al-Hikmah International Journal for Islamic Studies & Human Sciences, 5 (1). pp. 1-26.
Text
J13984_5cf0012179d95f04214b7f9690c104d6.pdf Restricted to Registered users only Download (292kB) | Request a copy |
Abstract
Era pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara nyata memberi impak yang besar kepada masyarakat dunia dalam semua sektor. Malaysia juga tidak terkecuali menghadapi gangguan kesan daripada pandemik ini terutama sekali ter-hadap isu pen�didikan. Oleh itu, Malaysia terpaksa mengambil langkah yang drastik bagi membendung penularan wabak ini iaitu dengan menguatkuasakan Perintah Ka-walan Pergerakan (PKP). Antara intipati utama PKP ialah arahan penutupan institusi pengajian tinggi (IPT). Perkara ini dilihat sangat memberi kesan kepada sistem pen-didikan negara. Rentetan itu, satu inisiatif iaitu pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara maya atau dalam talian dil�aksanakan sepenuhnya di negara ini bertujuan me-mastikan aktiviti pembelajaran tidak terhenti disebabkan penularan wabak ini. Kajian mendapati, para pelajar mula kehilangan minat terhadap pembelajaran secara maya. Pelajar mula berasa kurang yakin dengan sesi pembelajaran dalam talian. Secara tid-ak langsung, masalah disiplin pelajar akan mening�kat sekaligus menjejaskan isu kesihatan mental pelajar. Selain itu, perubahan norma hidup telah memberi impak yang negatif terhadap sesi pembelajaran pelajar bersama tenaga pengajar. Sikap pen-syarah yang dilihat kurang memahami keadaan pelajar meru�pakan cabaran utama sesi pembelajaran atas talian. Dikhuatiri para pelajar akan mula hilang fokus, tidak dapat mengikut rentak pembelajaran dan akhirnya akan tercicir ilmu. Justeru, kajian mengenai kepuasan pelajar terhadap aplikasi dalam talian dan sikap pen�syarah ter-hadap pelajar perlu dijalankan. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneliti tahap kepuasan pelajar terhadap aplikasi dalam talian dan sikap pensyarah dalam pembelajaran jarak jauh. Bagi mencapai objektif ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melakukan tinjauan melalui borang soal selidik dengan menggunakan Google Form.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pandemik Covid-19; pembelajaran jarak jauh; aplikasi dalam talian; sikap pensyarah |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2326.4-2330 Institutions of higher education |
Depositing User: | Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan |
Date Deposited: | 17 Apr 2022 06:59 |
Last Modified: | 17 Apr 2022 06:59 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/6932 |
Actions (login required)
View Item |