Ketrampilan kemahiran teknikal graduan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

Nizar, Nurhuda (2006) Ketrampilan kemahiran teknikal graduan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
724Kb

Abstract

Sektor perindustrian di negara Malaysia semakin berkembang dan bertambah maju. Kesan daripada pertumbuhan ekonomi tersebut, tenaga buruh yang berkualiti tinggi, serba boleh dan eepat menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan perindustrian amat diperlukan. Jesteru, kajian ini bertujuan untuk megenalpasti tahap ketrampilan kemahiran teknikal graduan IKBN dalam melaksanakan tugas di sektor industrilsyarikat. Tahap ketrampilan yang dilihat melibatkan empat aspek iaitu aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan keselamatan dari dua persepsi iaitu persepsi graduan IKBN dan juga persepsi pihak majikan. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti ciri-ciri kemahiran lain yang diperlukan oleh pihak industri selain dari kemahiran teknikal. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 65 orang graduan IKBN yang telah tamat pada tahun 2003 dengan dianugerahi Sijil Kemahiran Jurusan Mekanikal Pemesinan. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik melalui kaedah penghantaran pos dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS (versi 12) bagi mendapatkan nilai skor min. Dapatan kajian dari persepsi graduan IKBN menunjukkan graduan IKBN mempunyai tahap ketrampilan yang tinggi dari aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan keselamatan. Namun ianya bertentangan dengan pendapat pihak majikan yang menyatakan graduan IKBN hanya mempunyai tahap ketrampilan yang tinggi dari aspek pengetahuan, manakala dari aspek kemahiran, sikap dan keselamatan mereka berada di tahap yang sederhana. Walaubagaimanapun pihak majikan masih memerlukan ciri-ciri kemahiran lain seperti kemahiran merancang dan membuat keputusan, kemahiran hubungan interpersonal, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran kebolehsesuaian diri hasil maklumbalas yang didapati dari pihak industri.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:college graduates, industry and education, manpower planning
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD61 Risk Management
ID Code:694
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:30 Mar 2011 09:46
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page