Penghasilan modul keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak bina bagi pelajar-pelajar Kejuruteraan Awam Politeknik

Musa, Hishamudin (2003) Penghasilan modul keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak bina bagi pelajar-pelajar Kejuruteraan Awam Politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
638Kb

Abstract

Satu kajian telah dijalankan bagi menghasilkan Modul Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Di Tapak Bina yang mempunyai ciri-ciri mesra pengguna dan kebolehgunaan bagi pelajar-pelajar Kejuruteraan Awam Politeknik. Penilaian terhadap modul juga telah dibuat bagi melihat sarna ada modul tersebut dapat membantu meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan dengan amalan keselamatan dan kesihatan pekerja ill tapak bina. Kaedah tinjauan dan kuasi-eksperimen dengan pasca-ujian kelompok kawalan dan eksperimen telah digunakan. Hasil penilaian menunjukkan Modul Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Di Tapak Bina mempunyai tahap mesra pengguna dan kebolehgunaan yang tinggi. Manakala dari segi peningkatan pengetahuan, min pengetahuan (gain score) bagi kelompok eksperimen adalah lebih tinggi dari min pengetahuan kelompok kawalan dan terdapat signifikan statistik di dalam perbezaan tersebut. Kesimpulan telah dibuat bahawa modul yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri mesra pengguna dan tahap kebolehgunaan yang tinggi serta dapat membantu meningkatkan pengetahuan pelajar Kejuruteraan Awam berkaitan amalan keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak bina. Modul berbentuk CD-interaktif dicadangan dimasa hadapan agar modul yang telah dibangunkan bertambah menarik dan memberi kesan yang lebih baik kepada para pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TH Building construction
ID Code:699
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:30 Mar 2011 13:36
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page