Kemahiran employability dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Kluang Johor

Kandar, Ahmad Luthfi (2014) Kemahiran employability dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Kluang Johor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
196Kb

Abstract

Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) sejak 2013 merupakan usaha merekayasa (reengineering) sistem pendidikan vokasional sedia ada sehingga terbina sistem pendidikan vokasional baharu yang dapat menyumbang kepada agenda transformasi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Aspek-aspek yang dicakupi dalam KSKV adalah meliputi kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri dan kemahiran berpasukan. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kedudukan mengikut pangkatan elemen-elemen kemahiran employability, tahap kemahiran employability dan perbezaan persepsi terhadap elemen kemahiran employability di kalangan pelajar-pelajar kolej vokasional daripada bidang-bidang Tenologi Kejuruteraan Awam, Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan untuk mengkaji kemahiran employabilty dalam kalangan pelajar kolej vokasional. Kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik berskala Likert. Sampel kajian merupakan pelajar tahun 3 Kolej Vokasional Kluang iaitu seramai 90 responden. Datadata yang dikumpulkan dianalisis menggunakan kaedah skor min, sisihan piawai dan anova satu hala. Hasil dapatan menunjukkan skor min elemen belajar pada tahap tinggi dan pada pangkatan min yang pertama. Dapatan kajian diharap akan dapat dijadikan panduan untuk memperbaiki pelaksanaan kemahiran employability secara khusus dan proses pengajaran dan pembelajaran di kolej vokasional dalam modul akademik dan modul vokasional.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
ID Code:7062
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:29 Oct 2015 15:36
Last Modified:29 Oct 2015 15:36

Repository Staff Only: item control page