Pembangunan kemahiran kerja berpasukan menerusi kokurikulum sukan hoki dalam kalangan pelajar UTHM

Buhari, Alunawati (2015) Pembangunan kemahiran kerja berpasukan menerusi kokurikulum sukan hoki dalam kalangan pelajar UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
1061Kb

Abstract

Penglibatan dalam kokurikulum sememangnya penting di samping proses pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat termasuk Institusi Pengajian Tinggi bagi mewujudkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti penerapan, kesedaran dan penguasaan terhadap kemahiran kerja berpasukan menerusi kokurikulum hoki di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Reka bentuk kajian yang telah dipilih oleh pengkaji adalah berbentuk kajian kes kerana maklumat yang diperoleh lebih teliti dan spesifik untuk menjawab persoalan kajian. Kajian ini menggunakan kaedah triangulasi untuk menganalisis data iaitu borang soal selidik, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Jumlah sampel kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah 73 orang pelajar yang merangkumi jumlah keseluruhan populasi. Hasil soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 20 bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat penerapan elemen kemahiran kerja berpasukan ini dalam kokurikulum hoki di UTHM. Kajian ini mencadangkan agar jurulatih atau pensyarah kursus sebagai agen perubahan dalam menerapkan kemahiran kerja berpasukan yang berkesan seterusnya dapat melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di pasaran global.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:7063
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:29 Oct 2015 15:35
Last Modified:29 Oct 2015 15:35

Repository Staff Only: item control page