Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Politeknik dalam menceburi bidang keusahawanan

Abdullah, Mohd Shahrir (2015) Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Politeknik dalam menceburi bidang keusahawanan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
692Kb

Abstract

Bidang keusahawanan kini semakin berkembang maju selaras dengan seruan kerajaan yang banyak memberi dorongan kepada rakyat Malaysia agar menjadikan usahawan sebagai kerjaya utama. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktorfaktor yang mempengaruhi pelajar bidang Diploma Kejuruteraan di Politeknik Ungku Omar (PUO) dalam menceburi bidang keusahawanan. Seramai 371 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Kajian yang dijalankan adalah berasaskan Model Asas Proses Keusahawanan, Teori Tingkah Laku Terancang, Model Pembangunan Usahawan dan juga Model Proses Pembentukan Usahawan. Data kajian diperolehi daripada borang soal selidik yang mengandungi 55 item. Dapatan yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 21.0 untuk mendapat nilai frekuensi, peratus dan juga pekali korelasi. Dapatan kajian menunjukkan setiap faktor keusahawanan yang dikaji iaitu dorongan , kepimpinan, kemahiran , motivasi, dan pengalaman adalah tinggi. Manakala bagi faktor sikap pula berada pada aras sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat keusahawan dan kepimpinan keusahawanan. Berdasarkan kajian ini, dirumuskan bahawa faktor keusahawanan yang mempengaruhi bagi diri pelajar politeknik berada pada tahap sederhana. Kajian ini diharapkan dapat membantu dan dimanfaatkan oleh pihak tertentu dalam usaha meningkatkan penerapan kesediaan pelajar politeknik diploma kejuruteraan dalam menceburi bidang keusahawanan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
ID Code:7068
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:29 Oct 2015 15:30
Last Modified:29 Oct 2015 15:30

Repository Staff Only: item control page