Pembangunan kemahiran penyelesaian masalah berlandaskan projek origami

Abdul Latif, Abdul Mutalip (2015) Pembangunan kemahiran penyelesaian masalah berlandaskan projek origami. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
797Kb

Abstract

Kemahiran penyelesaian masalah merupakan salah satu kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas. Ia merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pengalaman dan memerlukan pelajar berfikir secara aktif. Tujuan kajian ini dilakukan untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap kemahiran menyelesaikan masalah tugasan folio dengan berlandaskan seni lipatan kertas. Ini bagi membantu pelajar meningkatkan elemen kemahiran penyelesaian masalah seperti mengenalpasti masalah, merancang dan melaksanakan strategi serta dapat menyelesaikan apa jua sebarang masalah. Kajian ini bersifat kuantitatif dengan reka bentuk eks pos fakto yang menggunakan instrumen soal selidik secara tinjauan awal dan tinjauan akhir seterusnya dianalisis menggunakan SPSS versi 21. Setiap keputusan dapatan ditunjukkan dalam bentuk min, peratus dan ujian T. Sampel kajian adalah terdiri 30 orang pelajar tahun 2 semester 3 jurusan Pemesinan Industri. Dapatan keseluruhan min sebelum aktiviti bengkel ialah 3.43 manakala selepas aktiviti bengkel min ialah 4.03. Keputusan hasil kajian ini mendapati kemahiran penyelesaian masalah selepas menjalani aktiviti origami, berada pada tahap yang tinggi. Oleh yang demikian, cadangan penyelidik untuk mengemukakan kemahiran penyelesaian masalah berlandaskan kaedah origami di terima baik dan bagi membantu pihak tertentu terutamanya Pihak Kolej Vokasional Melaka Tengah dalam menyelesaikan masalah tugasan folio di kalangan pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0008 Forms of education
ID Code:7078
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:29 Oct 2015 15:07
Last Modified:29 Oct 2015 15:07

Repository Staff Only: item control page