Tahap kecekapan pensyarah teknologi automotif dalam melaksanakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional di Negeri Pahang

Abdullah, Fauzi (2014) Tahap kecekapan pensyarah teknologi automotif dalam melaksanakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional di Negeri Pahang. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
876Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kecekapan pensyarah melaksanakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) dalam bidang Teknologi Automotif di lima kolej vokasional negeri Pahang. Tahap kecekapan pensyarah yang dikaji adalah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan komitmen, dimana ketiga-tiga aspek ini mempunyai hubungan yang amat rapat dengan keberkesanan perlaksanaan KSKV di Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KSKV mula dilaksanakan di Kolej Vokasional KPM bermula tahun 2011 lagi di bawah Transformasi Pendidikan Vokasional. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai Alpha Cronbach iaitu nilai indeks kebolehpercayaan dan keesahan item soal selidik ialah 0.95. Kajian ini dilakukan kepada kesemua pensyarah Teknologi Automotif Kolej Vokasional di negeri Pahang iaitu seramai 35 orang pensyarah dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Hasil dapatan kemudiannya dianalisis menggunakan Winsteps versi 3.69.1.11 dengan pendekatan model pengukuran Rasch. Analisis yang dilakukan diterjemah dalam bentuk skor min dan Differential Group Functioning (DGF) dan Differential Item Functioning (DIF) bagi menganalisis perbezaan jantina terhadap aspek komitmen. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kecekapan pensyarah dalam melaksanakan KSKV adalah amat dipengaruhi oleh aspek pengetahuan, kemahiran dan komitmen. Dimana, didapati aspek pengetahuan memperoleh skor min sebanyak 3.90. Diikuti aspek kemahiran skor min sebanyak 3.64 dan aspek komitmen iaitu sebanyak 3.56 . Oleh itu jelas membuktikan bahawa pensyarah KV amat bersedia dalam aspek pengetahuan dalam melaksanakan KSKV di kolej vokasional di negeri Pahang . Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat perbezaan statistik signifikan antara jantina dan komitmen dalam perlaksanaan KSKV.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
ID Code:7085
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:29 Oct 2015 14:50
Last Modified:29 Oct 2015 14:50

Repository Staff Only: item control page