Kesediaan guru kolej vokasional dalam pengajaran amali teknologi elektronik di Negeri Pahang

Jamaludin, Jamaliah (2014) Kesediaan guru kolej vokasional dalam pengajaran amali teknologi elektronik di Negeri Pahang. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
979Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan guru kolej vokasional dalam pengajaran amali teknologi elektronik di negeri Pahang. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini adalah untuk Mengenal pasti tahap kesediaan guru elektronik dari aspek pengetahuan dalam pengajaran amali Teknologi Elektronik di Kolej Vokasional, Mengenal pasti tahap kesediaan guru elektronik dari aspek kemahiran teknikal dalam pengajaran amali Teknologi Elektronik di Kolej Vokasional, Mengenal pasti tahap kesediaan guru elektronik dari aspek sikap dalam pengajaran amali Teknologi Elektronik di Kolej Vokasional dan Mengenal pasti perbezaan berdasarkan jantina terhadap kemahiran teknikal guru dalam pengajaran amali Teknologi Elektronik di Kolej Vokasional. Kajian ini merupakan kajian tinjauan deskriptif yang menggunakan soal selidik berskala Likert sebagai instrumen. Sampel kajian ialah guru-guru yang mengajar mata pelajaran teknologi Elektronik iaitu seramai 45 orang responden. Responden terdiri dari guru-guru elektronik di 5 buah kolej vokasional vang terdapat di negeri Pahang. Data-data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian Winsteps 3.69.1.11 dengan pendekatan Model Pengukuran Rasch. Hasil analisis menunjukkan tahap kesediaan guru -guru elektronik berada pada tahap sederhana dari aspek pengetahuan dan aspek kemahiran teknikal manakala dari aspek sikap pula berada pada tahap yang tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina terhadap kemahiran teknikal guru elektronik dalam pengajaran amali Teknologi Elektronik. Pengkaji berharap hasil kajian ini dapat memotivasikan para guru dalam melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menghadapi globalisasi dalam dunia pendidikan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
ID Code:7088
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:10 Sep 2015 15:28
Last Modified:10 Sep 2015 15:28

Repository Staff Only: item control page