Pengaruh gaya dan aktiviti penasihatan akademik terhadap keberkesanan perlaksaaan sistem penasihatan akademik

Wahyuni, Hartati Wiji (2006) Pengaruh gaya dan aktiviti penasihatan akademik terhadap keberkesanan perlaksaaan sistem penasihatan akademik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
2022Kb

Abstract

Sistem Penasihatan Akademik (SPA) adalah penting dalam pengurusan akademik bagi sesebuah institusi pengajian. SPA merupakan antara perkhidmatan pelanggan yang utama dalam 'core business' di kalangan pelajar, ianya juga suatu perkhidmatan yang menghubungkan antara hal-hal akademik pelajar dengan dunia keperibadian ke arah meningkatkan perkembangan menyeluruh bagi pelajar. Dalam perlaksanaan SPA, ada dua gaya yang diamalkan iaitu gaya preskriptif dan gaya perkembangan (developmental). Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti pengaruh gaya dan aktiviti penasihatan akademik terhadap keberkesanan perlaksanaan SPA. Kajian ini merupakan kajian tinjauan berbentuk kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 603 orang yang terdiri daripada 137 orang Penasihat Akademik (PA) dan 466 orang pelajar saijana muda tahun akhir di enam buah fakulti di KUiTTHO telah dipilih secara rawak sebagai responden. Data-data dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 11.5 yang melibatkan statistik deskriptif dan analisis inferensi regresi. Dapatan kajian menunjukkan gaya perkembangan (developmental) merupakan gaya penasihatan akademik yang paling dominan di KUiTTHO. Selain daripada itu dapatan kajian juga menunjukkan perhubungan antara gaya penasihatan akademik dengan keberkesanan perlaksanaan Sistem penasihatan akademik adalah lemah dengan nilai korelasi 0.253. Walau bagaimanapun, hanya 6.4% daripada varians dalam keberkesanan perlaksanaan SPA telah diterangkan oleh gaya penasihatan pada tahap signifikan 0.05. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara aktiviti penasihatan akademik dengan keberkesanan perlaksanaan SPA dengan nilai korelasi 0.744. Analisis regresi pelbagai menunjukkan bahawa aktiviti penasihatan akademik menyumbang kepada 55% varians dalam keberkesanan perlaksanaan sistem penasihatan pada tahap signifikan 0.05. Dua pembolehubah aktiviti penasihatan (pengembangan keperibadian dan hubungan antara peribadi, dan pengajaran kemahiran individu) merupakan penentu yang paling signifikan dalam keberkesanan perlaksanaan SPA di KUITTHO. Akhir sekali, kajian ini juga mencadangkan suatu model sistem akademik untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan SPA KUiTTHO, dan diharapkan dapat meningkatkan lagi keberkesanan perlaksanaan sistem penasihatan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
ID Code:709
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:30 Mar 2011 14:51
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page