Penguasaan kemahiran generik di kalangan pelajar dalam memenuhi kehendak industri : IPTA dan IPTS

Arshad , Nazni Hani (2007) Penguasaan kemahiran generik di kalangan pelajar dalam memenuhi kehendak industri : IPTA dan IPTS. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1182Kb

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan membandingkan tahap penguasaan kemahiran generik di kalangan pelajar IPTA dan IPTS dalam memenuhi kehendak industri. Seramai 386 orang pelajar semester akhir Ijazah Saijana Muda dari IPTA dan IPTS dan 2 orang wakil industri terlibat dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik, mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran generik di kalangan pelajar IPTA dan IPTS, mengenal pasti perbezaan tahap penguasaan kemahiran generik di kalangan pelajar IPTA dan IPTS dan mengenal pasti kesesuaian antara kemahiran generik yang diperlukan majikan di industri dengan kemahiran generik yang dikuasai pelajar di IPTA dan IPTS. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Data daripada soal selidik di analisis menggunakan SPSS v. 11.0 untuk mendapatkan skor min, sisihan piawai, analisis faktor dan Ujian-t tidak bersandar. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan pelajar IPTA dan IPTS mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan kemahiran generik dengan skor min keseluruhan ialah IPTA1 = 4.54, IPTA2 = 4.48, IPTS1 = 4.27 dan IPTS2 = 4.60. Tahap penguasaan kemahiran generik di kalangan pelajar EPTA dan EPTS juga pada tahap yang tinggi dengan skor min keseluruhan bagi IPTA1 = 4.29, IPTA2 = 4.24, IPTS1 = 3.99 dan IPTS2 = 4.19. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan pada tahap penguasaan kemahiran generik di kalangan pelajar EPTA dan IPTS dengan skor min keseluruhan IPTA adalah lebih tinggi berbanding IPTS iaitu IPTA = 4.27 dan IPTS = 4.09. Oleh itu, dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pihak IPTA dan IPTS mengenal pasti kemahiran generik yang dikuasai oleh pelajar mereka dan yang diperlukan oleh majikan di industri.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
ID Code:710
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:30 Mar 2011 14:56
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page