Rekabentuk kerangka piawaian nasional program kejurulatihan guru/pensyarah TVET : perspektif institusi pengajian tinggi di Malaysia

Abd Aziz , Mimi Suhana (2007) Rekabentuk kerangka piawaian nasional program kejurulatihan guru/pensyarah TVET : perspektif institusi pengajian tinggi di Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1610Kb

Abstract

Keperluan kepada satu standard transnasional bagi program kejurulatihan guru/jurulatih TVET telah dikenalpasti dalam Deklarasi Hangzhou, China. Ke arah itu, kajian ini yang berjudul "Rekabentuk Kerangka Piawaian Nasional Program Kejurulatihan Guru/Pensyarah TVET: Perspektif Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia" dijalankan dengan tujuan untuk merekabentuk sebuah kerangka piawaian nasional bagi program kejurulatihan guru/pensyarah TVET dari perspektif IPT di Malaysia berdasarkan keperluan domain keterampilan yang dicadangkan. Domain tersebut adalah Pengetahuan, Kemahiran, Etika dan Profesionalisme, Proses Sosial, Keusahawanan dan Akauntabiliti Sosial. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan rekabentuk tinjauan dan proses pengumpulan data dilakukan dengan kaedah analisis dokumen, pengedaran soal selidik dan temubual. Seramai 246 orang pensyarah yang dipilih secara rawak daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Politeknik Johor Bharu, Politeknik Port Dickson dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah terlibat dalam mejawab soal selidik kajian. Manakala sekumpulan pakar dalam bidang TVET telah dipilih untuk ditemubual. Data yang dikumpul kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS 12.0 for Windows (Statistical Packages for the Social Sciences) untuk mendapatkan skor min. Dapatan kajian mendapati kesemua domain tersebut adalah diperlukan dalam membentuk keterampilan guru/pensyarah TVET dalam program kejurulatihan guru/pensyarah TVET. Kriteria yang dicadangkan bagi setiap domain juga memperoleh persetujuan yang tinggi (purata skor min = 3.81 hingga 4.54) yang mana ia menunjukkan bahawa kriteria tersebut adalah diperlukan. Seterusnya, sebuah kerangka piawaian nasional program kejurulatihan guru/pensyarah TVET telah dihasilkan dengan maklumbalas responden dan sintesis dapatan kajian. Akhir sekali, pengkaji berharap agar satu kajian Delphi dijalankan untuk memantapkan kerangka piawaian ini dalam usaha untuk menggunakannya bagi pembentukan piawaian transnasional.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:711
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:30 Mar 2011 15:00
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page