Kerangka penelitian kesetaraan antara bidang kemahiran dan bidang akademik bagi proses APEL

Saparwan, Norfaezah (2015) Kerangka penelitian kesetaraan antara bidang kemahiran dan bidang akademik bagi proses APEL. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
988Kb

Abstract

Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada pembelajaran dan pengalaman terdahulu yang memberi nilai taraf seseorang individu melalui proses penilaian kesetaraan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan membangunkan deskripsi setiap tahap kelayakan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) yang boleh dicadangkan untuk digunakan bagi penelitian kesetaraan antara bidang kemahiran dengan bidang akademik bagi proses APEL serta mereka bentuk kerangka penelitian kesetaraan antara bidang kemahiran dengan bidang akademik melalui sistem APEL. Melalui penilaian kesetaraan ini dapat memudahkan laluan individu dari bidang kemahiran bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang akademik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang mana ia melibatkan kaedah penerokaan melalui instrumen dokumen analisis, temu bual serta kaedah tinjauan deskriptif melalui instrumen soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 54 orang responden yang terdiri daripada beberapa buah institusi iaitu UTHM, ADTEC, KKTM dan IKBN terlibat sebagai responden kajian untuk menjawab borang soal selidik dan seramai tiga orang responden telah ditemu bual bagi mengukuhkan hasil dapatan kajian. Data yang dikumpulkan kemudiannya di analisis menggunakan perisian Statistik Package for Social Science 20.0 (SPSS 20.0). Dapatan kajian mendapati kesemua item yang menghuraikan deskripsi setiap tahap kelayakan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia yang dicadangkan dalam kajian ini sangat sesuai bagi menghuraikan hasil pembelajaran bagi setiap tahap mengikut domain pengetahuan, kemahiran dan keterampilan. Sebuah kerangka penilaian kesetaraan telah dihasilkan dengan berbantukan maklum balas responden dan sintesis dapatan kajian. Kerangka tersebut melibatkan penilaian kesetaraan antara modul kemahiran dan kursus akademik di pengajian tinggi berdasarkan (indikator) dua elemen iaitu (i) tahap dan kandungan berdasarkan kepada hasil pembelajaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL); Penilaian kesetaraan; tahap kelayakan; Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
ID Code:7111
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:10 Sep 2015 14:24
Last Modified:10 Sep 2015 14:24

Repository Staff Only: item control page