Analisis dan penilaian prestasi lengah lepas tangan menggunakan protokol pencetusan sesi (SIP) bagi sistem terintegrasi UMTS-WLAN

Ab. Rahman, Munirah (2007) Analisis dan penilaian prestasi lengah lepas tangan menggunakan protokol pencetusan sesi (SIP) bagi sistem terintegrasi UMTS-WLAN. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MUNIRAH A B.RAHMAN.pdf

Download (62MB) | Preview

Abstract

Teknologi rangkaian tanpa vvayar 4G merupakan penggabungan beberapa teknologi rangkaian capaian yang berbeza seperti rangkaian Universal Mobile Telecommunication System (UMTS) dan Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar (WLAN). Rangkaian 4G menyokong mobiliti tanpa kelim {seamless) dalam menjanjikan perhubungan dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Protokol Pencetusan Sesi (SIP) yang berada pada lapisan aplikasi telah diramalkan sebagai calon terbaik bagi menguruskan mobiliti di dalam rangkaian 4G. Rangkaian 4G yang menawarkan aplikasi multimedia dalam perkhidmatannya mesti mempunyai lengah lepas tangan yang rendah bagi mencapai objektif penubuhannya. Tujuan utama disertasi ini adalah untuk menilai lengah lepas tangan bagi sistem terintegrasi UMTS�WLAN yang menggunakan SIP sebagai protokol pengisyaratan. Model simulasi menggunakan MATLAB dibangunkan untuk menilai prestasi lengah lepas tangan tersebut. Model simulasi menggambarkan pergerakan hos mobil ke rangkaian UMTS dan WLAN. Lengah lepas tangan yang berlaku diukur berdasarkan model analitik. Prestasi lengah lepas tangan dinilai berdasarkan perubahan kadar ralat kerangka (FER), kadar ketibaan sesi SIP dan halaju hos mobil (MIT) semasa MH bergerak ke rangkaian UMTS dan WLAN. Keputusan simulasi menunjukkan bahawa lengah lepas tangan meningkat dengan penambahan FER dan kadar ketibaan sesi SIP. Halaju kebolehgerakan pengguna memberi kesan terhadap nilai lengah lepas tangan. Keputusan juga menunjukkan lengah lepas tangan minimum yang berlaku sewaktu MH bergerak ke rangkaian UMTS adalah 1.9565 saat dengan lebar jalur saluran 128kbps dan ke rangkaian WLAN adalah sekitar 0.8651 saat dengan lebar jalur saluran 11 Mbps. Berdasarkan nilai ini, lengah lepas tangan semasa MH bergerak ke rangkaian UMTS atau WLAN adalah tidak boleh diterima untuk penjurusan multimedia. Di dalam kajian ini didapati capaian tanpa wayar GPRS menyumbang lengah terbesar daripada keseluruhan lengah lepas tangan ke rangkaian UMTS.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK5101-6720 Telecommunication. Including telegraphy, telephone, radio, radar, television
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 08 Jun 2022 02:09
Last Modified: 08 Jun 2022 02:09
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7115

Actions (login required)

View Item View Item