Zainol, Nur Zainatul Nadra and Salihan, Mohd Lotfi and Samsudin, Zurina and Abd Mutalib, Mohd Shahrir (2020) Sistem pengajian pondok di Patani dan Malaysia. In: Ketahanan Nasional - Perspektif Malaysia - Thailand. Penerbit UTHM, pp. 61-74. ISBN 978-967-2389-98-9
Text
Chap03 Sistem pengajian pondok di Patani dan Malaysia.pdf - Published Version Restricted to Registered users only Download (227kB) | Request a copy |
Abstract
Institusi pondok di Patani telah bermula pada abad ke-16 M, institusi ini yang dimulai oleh Faqih/Lebai Wan Musa yang dipercayai telah membina Pondok Sena yang menjalankan aktiviti pendidikan penyebaran Islam sekitar abad ke- 16 Masihi. Sementara, sistem pengajian pondok bermula sejak awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada kurun ke-19 Masihi. Ia merupakan kaedah alternatif masyarakat Melayu di Malaysia menuntut ilmu khususnya di dalam bidang agama. Sistem pengajian ini terus berkembang maju di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan. Sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat untuk lebih mendalami ilmu-ilmu Islam menyebabkan rumah guru terpaksa diperluaskan malah rumah-rumah kecil yang dikenali sebagai pondok turut dibina di sekitar surau, masjid atau rumah guru sendiri untuk menyelesaikan masalah kediaman pelajar khususnya yang datang dari tempat yang jauh. Suasana ini telah melahirkan satu bentuk sistem pengajian baru yang terkenal dengan gelaran sistem pendidikan pondok. Justeru, sistem pendidikan pondok merupakan sistem pendidikan formal Islam terawal yang mula diperkenalkan di Alam Melayu. Ia diwujudkan bagi memenuhi tuntutan masyarakat Islam yang memerlukan bimbingan yang sempurna dan mendalam terutama hal yang berkaitan dengan akidah dan ibadah.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pengajian pondok; Patani; Alam Melayu; Pengajian ilmu Islam |
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > LC251-951 Moral and religious education |
Depositing User: | Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan |
Date Deposited: | 25 Oct 2021 09:52 |
Last Modified: | 25 Oct 2021 09:52 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/714 |
Actions (login required)
View Item |