Tinjauan terhadap pengetahuan, kemahiran dan minat dalam bidang keusahawanan di kalangan peserta kursus jangka pendek anjuran Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional

Shafie , Nurull Zuraida (2003) Tinjauan terhadap pengetahuan, kemahiran dan minat dalam bidang keusahawanan di kalangan peserta kursus jangka pendek anjuran Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1171Kb

Abstract

Kajian ini dibuat bertujuan untuk meninjau pengetahuan, kemahiran dan minat dalam bidang keusahawanan di kalangan peserta kursus jangka pendek anjuran Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional (JPTV). Seramai 54 orang peserta kursus jangka pendek yang terdiri dari peserta Kursus Usahawan Berasas Kimpalan, Kursus Penyelenggaraan dan Pemasangan Komputer dan Kursus Chargeman AO telah dipilih sebagai responden bagi menjawab soal selidik yang diedarkan. Data yang diperolehi, dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) Versi 11.0 yang melibatkan skor min, peratusan dan juga analisis Korelasi Pearson. Hasil dapatan kajian ini telah menunjukkan majoriti responden mempunyai minat yang tinggi dalam bidang keusahawanan tetapi mereka kurang pengetahuan dan kemahiran asas keusahawanan. Di akhir kajian ini, satu Garis Panduan Asas Keusahawanan telah dihasilkan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas keusahawanan kepada peserta kursus jangka pendek anjuran JPTV.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HB Economic Theory
ID Code:716
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:30 Mar 2011 15:21
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page