Kepimpinan autentik dalam pendidikan teknik dan vokasional (PTV) di Politeknik

Yunus, Fazlina (2007) Kepimpinan autentik dalam pendidikan teknik dan vokasional (PTV) di Politeknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
2444Kb

Abstract

Pentadbiran sesebuah organisasi yang cemerlang adalah bergantung kepada pemimpin yang mempraktikkan keseluruhan atau salah satu domain dalam kepimpinan autentik. Pemimpin yang tidak menitikberatkan domain-domain kepimpinan tersebut boleh mempengaruhi prestasi keija di kalangan pekeijanya sekali gus memberi impak terhadap kualiti dan kemajuan organisasi tersebut. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji domain-domain kepimpinan autentik Ketua Jabatan di Politeknik terhadap prestasi keija pensyarah. Responden kajian terdiri daripada 259 orang pensyarah di tiga buah politeknik di Semenanjung Malaysia iaitu Politeknik Kota Bharu yang terletak di Kelantan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah yang terletak di Pahang dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Kedah. Responden telah dipilih secara rawak mudah. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah tinjauan secara kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan SPSS yang melibatkan peratus, skor min, sisihan piawai dan pengujian hipotesis korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Ketua Jabatan di Politeknik mengamalkan keempat-empat domain kepimpinan autentik iaitu kesedaran diri [self awareness) (min = 3.95, sp = 0.491), proses keadilan (unbiased processing) (min = 4.01, sp = 0.520), tingkah laku autentik (authentic behavior/action) (min = 4.03, sp = 0.511) dan perhubungan keaslian (relational authenticity) (min = 4.06, sp = 0.525) dalam mentadbir jabatan di Politeknik. Prestasi kerja pensyarah di bawah kepimpinan Ketua Jabatan secara keseluruhannya berada di tahap sederhana. Hasil dapatan ini juga menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara prestasi kerja pensyarah dengan keempat-empat domain kepimpinan autentik yang diamalkan oleh Ketua Jabatan di Politeknik iaitu kesedaran diri(self awareness) (r = 0.467), proses keadilan (unbiased processing) (r = 0.469), tingkah laku autentik (authentic behavior/ action) (r = 0.466) dan perhubungan keaslian(relational authenticity) (r =0.485). Secara kesimpulannya, Ketua Jabatan di Politeknik mengamalkan domain-domain kepimpinan autentik dalam mengurus jabatan dan ini dapat ditunjukkan dengan prestasi keija pensyarah yang sederhana.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
ID Code:721
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:04 Apr 2011 12:27
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page