Kepuasan kerja di kalangan pensyarah : kajian kes perbandingan Politeknik Ungku Omar dan Kolej Cosmopoint

Bahari, Azurahani (2004) Kepuasan kerja di kalangan pensyarah : kajian kes perbandingan Politeknik Ungku Omar dan Kolej Cosmopoint. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
2200Kb

Abstract

Kepuasan keija boleh didefinasikan sebagai satu keseronokkan atau perasaan positif hasil daripada nilaian sesuatu keija atau pengalaman keija. Ia adalah akibat daripada persepsi setiap pekeija yang menggambarkan nilai-nilai sebenar keija mereka. Kepuasan keija adalah berbeza mengikut jenis institusi, sama ada sesuatu institusi itu awam atau swasta. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membandingkan kepuasan keija pensyarah di Politeknik Ungku Omar dan Kolej Cosmopoint. Kajian yang menggunakan kaedah tinjauan ini telah dijalankan ke atas 25 orang pensyarah Jabatan Teknologi, Komunikasi dan Maklumat, Politeknik Ungku Omar dan 25 orang pensyarah Kolej Cosmopoint, Ipoh, Perak. Data kajian telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif yang melibatkan peratusan , sisihan piawai dan perbandingan min dengan perisian Statistical Packages for Social Sciences Version 11.0. Dapatan kajian menunjukkan pensyarah di Politeknik Ungku Omar mendapat kepuasan keija yang sederhana dalam faktor penyeliaan dan beban keija. Manakala, bagi faktor gaji, kenaikan pangkat dan suasana keija mereka mendapat kepuasan keija yang rendah. Berlainan pula dengan pensyarah Kolej Cosmopoint, mereka mendapat kepuasan keija yang sederhana dalam faktor gaji, kenaikan pangkat, suasana keija dan penyeliaan. Pensyarah Kolej Cosmopoint ini mendapat kepuasan keija yang rendah dalam faktor beban keija. Walaubagaimanapun analisis menunjukkan kepuasan keija pensyarah Kolej Cosmopoint lebih tinggi berbanding pensyarah Politeknik Ungku Omar. Kesemua pensyarah juga berpendapat bahawa faktor suasana keija merupakan faktor utama yang mempengaruhi kepuasan keija pensyarah. Ini diikuti dengan faktor gaji, faktor kenaikan pangkat, faktor beban keija dan faktor penyeliaan ketua. Adalah dicadangkan supaya pihak yang berkenaan dapat menyediakan suasana keija yang lebih baik terhadap pensyarah terutamanya pensyarah di Politeknik Ungku Omar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
ID Code:722
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:15 Apr 2011 10:42
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page