Model pembelajaran berasaskan kaedah penyelesaian masalah ke atas pelajar berbeza gaya kognitif dan kemahiran logik

Musa, Nurliana (2008) Model pembelajaran berasaskan kaedah penyelesaian masalah ke atas pelajar berbeza gaya kognitif dan kemahiran logik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1859Kb

Abstract

Kajian bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan model pembelajaran berasaskan kaedah penyelesaian masalah ke atas pelajar berbeza gaya kognitif dan kemahiran logik. Ini kerana terdapat kajian-kajian lalu yang menyatakan bahawa pelajar-pelajar sukar untuk menguasai subjek Pengaturcaraan Komputer kerana mereka lemah dalam strategi penyelesaian masalah. Gaya kognitif serta kemahiran berfikir secara logik pula mempengaruhi kebolehan individu membuat aturcara dan menyelesaikan masalah. Oleh itu, dengan menggunakan reka bentuk kuasi eksperimental, kajian ini mengkaji kesan penggunaan model pembelajaran berasaskan kaedah penyelesaian masalah ke atas pelajar dengan gaya kognitif Field Dependent (FD) dan Field Independent (FI) serta tahap kemahiran logik tinggi (LT) dan tahap kemahiran logik rendah (LR). Sampel bagi kajian adalah pelajar semester 3 Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Politeknik Merlimau Melaka. Sampel dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan kerana sampel yang perlu dipilih adalah sampel yang mengambil subjek Pengaturcaraan Komputer (E3062). Jumlah sampel yang digunakan dalam kajian ini ialah seramai 71 orang pelajar. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Group Embedded Figures Test (GEFT), Sequences Test, ujian pra, ujian pos serta model pembelajaran berasaskan kaedah penyelesaian masalah. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferens. Hasil analisis mendapati bahawa majoriti pelajar dikategorikan sebagai FI dan LT di mana Fl seramai 51 orang dan LT seramai 46 orang. Analisis deskriptif juga menunjukkan bahawa skor min pencapaian kumpulan rawatan tidak kira sama ada secara keseluruhan mahupun mengikut gaya kognitif serta kemahiran logik adalali lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Analisis inferens yang menggunakan ujian-t tidak bersandar mendapati terdapat perbezaan di antara pencapaian pelajar bagi kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan adalah signifikan. Hasil kajian juga mendapati prestasi pencapaian pelajar FI didapati adalah lebih tinggi daripada pelajar FD dan prestasi pencapaian pelajar LT adalah lebih tinggi daripada pelajar LR. Ujian-t tidak bersandar juga membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulankumpulan pelajar tersebut. Kesimpulannya, model pembelajaran berasaskan kaedah penyelesaian masalah berpotensi dalam meningkatkan pencapaian pelajar secara keseluruhannya bagi subjek Pengaturcaraan Komputer dengan pelajar kategori FI dan LT mendapat manfaat yang lebih daripada kategori FD dan LR.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
ID Code:723
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:15 Apr 2011 10:26
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page