Motivasi kerja di kalangan pensyarah-pensyarah di Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)

Puteh @ Arif , Nazura (2001) Motivasi kerja di kalangan pensyarah-pensyarah di Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1526Kb

Abstract

Kajian kes ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi kerja para pensyarah di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Beberapa faktor telah dipertimbangkan iaitu faktor gaji, situasi kerja, bebanan kerja serta rakan sekerja untuk mengetahui sama ada motivasi kerja pensyarah dipengaruhi oleh faktor-faktor tersebut. Seramai 55 orang responden daripada 63 orang sampel telah terlibat di dalam pengumpulan maklumat Kaedah kajian adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 34 soalan mengikut dimensi-dimensi yang telah ditetapkan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa daripada empat faktor yang digariskan, tiga faktor adalah mempengaruhi motivasi para pensyarah. laitu faktor gaji, situasi kerja dan bebanan kerja.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
ID Code:726
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:04 Apr 2011 11:00
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page