Pembangunan modul pembelajaran terarah kendiri mengenai konsep dan gelagat kos bagi mata pelajaran Perakaunan Kos di Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan

Abdul Rashid , Norbizuna (2004) Pembangunan modul pembelajaran terarah kendiri mengenai konsep dan gelagat kos bagi mata pelajaran Perakaunan Kos di Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1699Kb

Abstract

Masalah yang sering melanda pelajar d a l am proses pembelajaran mereka adalah kekurangan bahan rujukan yang sesuai dengan peringkat mereka. Mereka terpaksa menggunakan buku teks untuk memahami sesuatu pelajaran yang diajar. Penggunaan buku teks ini bukan sahaja rumit tetapi menyukarkan pemahaman pelajar lantaran beberapa kriteria tertentu yang tidak sesuai dengan pelajar. Oleh yang demikian, adalah perlu pelajar dibekalkan dengan bahan rujukan yang boleh membantu mereka untuk memahami lebih mudah sesuatu pelajaran. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana responden menerima modul pembelajaran yang dibangunkan dari empat aspek penting iaitu ketepatan isi kandungan, keberkesanan persembahan, kesesuaian ilustrasi dan kecukupan aktiviti. Seramai 34 orang responden dipilih daripada pelajar Diploma Akauntansi semester empat dan 8 orang pensyarah dari Jabatan Perdagangan di POLISAS diambil sebagai sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para pelajar dan pensyarah memberi maklum balas positif terhadap modul pembelajaran yang dibangunkan dari empat aspek yang dikaji. Ini bermaksud bahawa penggunaan modul dalam pembelajaran boleh dilakukan sama ada sebagai bahan rujukan atau sumber ABBM.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce
ID Code:728
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:15 Apr 2011 10:13
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page