Pengaruh zikir terhadap kesihatan mental dan tekanan psikologi dalam mendepani cabaran revolusi industri 4.0

M. Z., Ahmad Fakhrurrazi and W. Q. A., Wan Razali and M. Z., Mahfuzah (2022) Pengaruh zikir terhadap kesihatan mental dan tekanan psikologi dalam mendepani cabaran revolusi industri 4.0. In: Penyelidikan Islam: Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli. Penerbit UTHM, UTHM, pp. 1-12.

[img]
Preview
Text
1.pdf

Download (743kB) | Preview

Abstract

Revolusi Industri 4.0 (IR4) telah memberi implikasi negatif terhadap kesihatan mental dan psikologi dalam masyarakat seperti kemurungan, kebimbangan dan tekanan perasaan. Masalah-masalah ini mampu diatasi dengan amalan zikir sebagai terapi psikospiritual berunsur kerohanian Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual separa-berstruktur serta analisis secara deduktif, induktif dan tematik untuk mengetahui kesan sebelum dan selepas berzikir secara berjemaah. Pendekatan Lataif Qur’aniyyah digunakan untuk memaknakan kedudukan al-zikr dan pengamalannya lebih meluas. Peserta-peserta majlis zikir bulanan dalam kajian ini terdiri daripada 83 orang dan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor. Hasil kajian menunjukkan ‘zikir bersanad’ yang diamalkan secara konsisten merupakan santapan rohani terbaik dalam mempengaruhi jiwa dan emosi individu ke arah celik akal yang menjadi matlamat kemuncak dalam kaunseling. Hal ini berkesan dalam membantu perubahan minda dan tingkah laku manusia dalam pembentukan keluarga dan masyarakat yang bersahsiah dan harmoni. Justeru, zikir yang bersanad, yakni dalam bimbingan bersama guru rohani (Mursyid), dengan fokus niat untuk mencapai ‘keterhubungan kerohanian’ dengan Nabi Muhammad (s.a.w.) dan ‘jiwa fakir’ kepada Allah (s.w.t.), serta memenuhi adab-adab dan syarat-syarat takwa adalah terapi psikospiritual yang mujarab dalam merawat pelbagai masalah mental.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Lataif Qur’aniyyah; psikospiritual; ‘zikir bersanad’; revolusi industri 4.0 (IR4); kesihatan mental
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 21 Jul 2022 03:48
Last Modified: 21 Jul 2022 03:48
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7284

Actions (login required)

View Item View Item