Kecerdasan kejayaan dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar kejuruteraan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Mohamad Twon Tawi, Faizal (2008) Kecerdasan kejayaan dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar kejuruteraan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p FAIZAL MOHAMAD TWON TAWI.pdf

Download (895kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
FAIZAL MOHAMAD TWON TAWI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (292kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
FAIZAL MOHAMAD TWON TAWI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Ramai pelajar berlumba-Iumba untuk mencapai kejayaan dalam akademik tetapi tidak semua berjaya dan Successful Intelligence atau kecerdasan kejayaan merupakan sejenis kecerdasan yang dipercayai mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, tujuan penyelidikan ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti hubungan kecerdasan kejayaan dengan pencapaian akademik pelajar kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Data diperoleh menerusi instrumen soal selidik. Responden dipilih dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Awam dan Mekanikal tahun kedua. Seramai 300 sampel dipilih secara rawak berlapis daripada jumlah populasi seramai 1194 orang responden. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 12.0 untuk mendapatkan keputusan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecerdasan kejayaan responden adalah tinggi secara keseluruhannya. Bagi setiap elemen kecerdasan, kecerdasan praktikal pelajar-pelajar berada pada tahap yang tinggi manakala elemen kecerdasan analitikal dan kreatif berada pada tahap sederhana. Analisis terhadap aspek kecerdasan kejayaan mengikut jantina menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dan nilai skor min bagi wanita adalah melebihi lelaki. Hasil analisis Ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat di antara pemboleh ubah kecerdasan kejayaan dan pencapaian akademik. Kesimpulannya pelajar yang mempunyai kecerdasan kejayaan yang tinggi berkemungkinan besar mencapai kecemerlangan akademik disamping faktor-faktor lain yang menyokong kepada kejayaannya.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 21 Jul 2022 03:52
Last Modified: 21 Jul 2022 03:52
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7315

Actions (login required)

View Item View Item