Pemilihan kerjaya dalam seni reka fesyen : satu tinjauan

Ab. Karim , Azhani Hasibah (2003) Pemilihan kerjaya dalam seni reka fesyen : satu tinjauan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
2780Kb

Abstract

Penyelidikan ini merupakan satu tinjauan mengenai pemilihan kerjaya dalam bidang Seni Reka Fesyen. Aspek-aspek dalam penyelidikan ini meliputi latarbelakang responden, pengetahuan mengenai kerjaya dalam Seni Reka Fesyen, faktor pemilihan bidang Seni Reka Fesyen, pemilihan bidang Seni Reka Fesyen sebagai kerjaya akan datang dan keberkesanan penyebaran maklumat bahan promosi yang dibangunkan. Penyelidikan ini dilaksanakan di Politeknik Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Seramai 40 orang pelajar daripada 64 orang pelajar semester 6 Diploma Seni Reka Fesyen ini telah dipilih secara rawak sebagai responden. Segala maklumat berkaitan dengan penyelidikan diperolehi melalui soal selidik dan bahan promosi dalam bentuk risalah dan cakera padat, yang diedarkan kepada responden. Analisis daripada maklumat dalam penyelidikan ini kemudiannya dilakukan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan purata min dengan menggunakan SPSS (Statistical Process For Social Science) 11.00. Hasil daripada penyelidikan ini mendapati bahawa pengetahuan yang luas mengenai bidang Seni Reka Fesyen dapat mempelbagaikan lagi pilihan kerjaya dalam bidang ini.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce
ID Code:733
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:04 Apr 2011 12:12
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page