Model sistem pengurusan risiko hingar dalam industri berasaskan kayu di Malaysia

Baba, Ishak (2007) Model sistem pengurusan risiko hingar dalam industri berasaskan kayu di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p ISHAK BABA.pdf

Download (6MB) | Preview

Abstract

Industri pemprosesan kayu bergergaji dan kayu kumai merupakan sebahagian daripada industri berasaskan kayu di Malaysia. Industri ini terdedah kepada pelbagai jenis hazard sepanjang tempoh bekerja termasuk hingar. Pada dasarnya risiko hingar berkaitan hilang pendengaran boleh meningkatkan kemalangan pekerjaan. Malangnya penaksiran risiko keselamatan dan kesihatan akibat hingar semasa adalah pelbagai dan tidak komprehensif. Satu kajian telah dilakukan untuk membangunkan satu model penaksiran risiko hingar yang mampu menyepadukan persepsi penerima, pengukuran aras dan dos hingar, frekuensi bunyi dan audiometri. Kajian telah dilakukan ke atas 25 buah kilang industri perkayuan berkaitan dengan melibatkan pihak majikan dan pekerja. Kajian ini melibatkan pengumpulan data secara tinjauan, pengukuran fizikal dan ujian audiometri. Hasil kajian mendapati hanya 40.0 % daripada industri ini mempunyai polisi berkaitan keselamatan dan kesihatan pekeIjaan manakala 48.0 % mempunyai organisasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Seramai 84.0 % daripada kalangan pekerja berbanding 48.0% di kalangan majikan menyatakan kawasan kerja mereka terdedah kepada aras hingar yang melebihi 85 dB(A). Walau bagaimana pun hasil pemetaan hingar mendapati keseluruhan kawasan kerja terdedah kepada aras dedahan hingar melebihi had yang dibenarkan manakala dos dedahan hingar individu terendah yang direkodkan ialah 127 %. Purata dos dedahan hingar yang direkodkan ialah 95.0 dB(A) TWA. Ujian audiometrik menunjukkan pekerja dalam industri ini telah mengalami "Hilang Upaya Mendengar Akibat Hingar"(NIHL). Sebaliknya pekerja di kilang pemprosesan kayu bergergaji telah mengalami "kecacatan pendengaran" pad a intensiti melebihi 25 dB pada purata frekuensi 500 Hz hingga 3000 Hz. Analisis spektrum pula menunjukkan frekuensi bunyi yang dominan ialah antara 3000 Hz hingga 6000 Hz dan ini selari dengan hasil kajian ujian audiometri yang menunjukkan masalah pendengaran berlaku pad a frekuensi yang lebih tinggi. Secara keseluruhan hasil kajian menunjukkan industri berasaskan kayu terdedah kepada dedahan hingar yang melebihi had yang dibenarkan seperti dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising) 1989 dan tidak memenuhi sebahagian daripada syarat yang ditetapkan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Hasil kajian juga mendapati oahawa penaksiran risiko hingar tidak boleh ditaksir dengan menggunakan beberapa parameter penaksiran secara berasingan tetapi hendaklah dibuat secara bersepadu. Oleh itu satu model penaksiran risiko hingar bersepadu bersistem telah dibangunkan untuk memenuhi kelemahan tersebut. Pembentukkan model ini telah mengambilkira kekuatan dan kelemahan pengurusan sedia ada berdasarkan persepsi dan pengukuran data yang diperolehi dengan mengintegrasikan aspek-aspek penaksiran risiko hingar dan pengurusan risiko hingar untuk mengurangkan hazard ke tahap serendah yang terpraktik. Model sistem pengurusan risiko hingar ini berpotensi untuk digunakan bagi mengurus risiko hingar secara sistematik dan holistik.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD878-894 Special types of environment, Including soil pollution, air pollution, noise pollution
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 21 Jul 2022 03:56
Last Modified: 21 Jul 2022 03:56
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7332

Actions (login required)

View Item View Item