Penghasilan glosari subjek perakaunan kos di kalangan pelajar semester enam diploma akauntasi : satu tinjauan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah(POLISAS)

Zamhuri , Nur Hani (2003) Penghasilan glosari subjek perakaunan kos di kalangan pelajar semester enam diploma akauntasi : satu tinjauan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah(POLISAS). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1443Kb

Abstract

Kajian "Penghasilan Glosari Mata Pelajaran Perakaunan Kos " ini adalah suatu kajian yang bertujuan untuk melihat sejauh mana glosari ini sebagai sumber bahan rujukan untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dan pengkaji menilainya dari aspek kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai kesesuaian isi kandungan, mesra pengguna dan kebolehlaksanaan yang terdapat dalam glosari. Seramai 62 orang pelajar Diploma Akauntasi semester 6 dan 2 orang pensyarah Diploma Akauntansi yang mengajar mata pelajaran Perakaunan Kos di POLISAS telah dijadikan sampel kajian. Pengumpulan data juga meliputi sesi temubual dengan dua orang responden iaitu pensyarah di POLISAS. Borang soal selidik dan temubual dijadikan sebagai intrumen. Kajian seterusnya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science 11.0 for Windows (SPSS) yang melibatkan skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek kesesuaian isi kandungan, mesra pengguna dan kebolehlaksanaan berada pada tahap yang tinggi (masing-masing mempunyai skor min iaitu 3.93,4.10 dan 4.03). Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa glosari ini boleh digunakan oleh pelajar dan pensyarah Diploma Akauntansi di POLISAS dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai cadangan lanjutan, diharapkan agar glosari ini dapat dinilai dari segi keberkesanannya di masa akan datang.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting
ID Code:736
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:04 Apr 2011 12:23
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page