Teknik pembelajaran di kalangan pelajar dewasa di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Zakaria, Normah (2007) Teknik pembelajaran di kalangan pelajar dewasa di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NORMAH ZAKARIA.pdf

Download (840kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NORMAH ZAKARIA COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (341kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NORMAH ZAKARIA WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (46MB) | Request a copy

Abstract

Teknik pembelajaran yang bersesuaian di kalangan pelajar dewasa dalam proses pembelajaran akan mewujudkan satu suasana pembelajaran yang aktif dan kondusif. Tujuan kajian ini bagi mengenal pasti teknik pembelajaran yang dominan di kalangan pelajar dewasa dan tahap pencapaian akademik pelajar dewasa berdasarkan Nilai Gred Kumulatif (CGPA). Selain itu kajian ini untuk mengenal pasti sekiranya terdapat hubungan antara teknik pembelajaran dengan pencapaian akademik. Seterusnya kajian ini juga untuk mengenal pasti perbezaan teknik pembelajaran antara pelajar lelaki dewasa dengan pelajar wanita. Kajian ini memfokuskan kepada pelajar dewasa Program Khas Pengsiswazahan Guru Besar (PKPGB) di UTHM yang berumur dalam lingkungan 45 tahun sehingga 50 tahun. Sampel kajian terdiri daripada 81 orang pelajar yang merupakan guru besar sekolah. Kajian dilakukan secara kaedah tinjauan melalui pengedaran borang selidik dan temu bual sokongan sebagai alat instrumen. Data-data dianalisis menggunakan pakej perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 12.0 bagi mendapatkan min skor, peratusan dan sisihan piawai. Korelasi Spearman Rho's digunakan untuk menentukan hubungan antara teknik pembelajaran dengan pencapaian akademik manakala ujian-T tidak bersandar pula digunakan untuk menentukan perbezaan dari segi teknik pembelajaran di kalangan pelajar dewasa mengikut jantina. Hasil kajian mendapati teknik pembelajaran yang dominan digunakan oleh pelajar dewasa ialah teknik berkumpulan dan teknik mendengar. Manakala terdapat hubungan antara teknik pembelajaran dengan pencapaian akademik walaupun pada tahap yang lemah. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang signifikan dari segi teknik pembelajaran yang digunakan oleh pelajar dewasa mengikut jantina.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 21 Jul 2022 04:18
Last Modified: 21 Jul 2022 04:18
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7388

Actions (login required)

View Item View Item