Penilaian kepatuhan syariat Islam dalam merekabentuk tanah perkuburan Islam berkonsepkan taman teknologi

Ahmad, Shakila and Saad, Shamsaadal Sholeh and Halim, Harliana and Awang, Habibah and Anjang Ahmad, Mustaffa and Sulaiman, Noralfishah (2015) Penilaian kepatuhan syariat Islam dalam merekabentuk tanah perkuburan Islam berkonsepkan taman teknologi. In: Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan Kali Ke-2 2015, 19-20 October 2015, Seremban, Negeri Sembilan.

Full text not available from this repository.

Abstract

Tanah Perkuburan Islam di Malaysia telah mencapai banyak pembaharuan. Antaranya pembinaan RaudhatulSakinah iaih~ tanah perkuburan Islam dalam taman. Pada peringkat awal, dua tanah perkuburan telah dijadikan tapak permulaan pembinaan iaitu Tanah Perkuburan Islam KL,-Karak dan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Lanjutan dari itu sekumpulan penyelidik dari UTHM melakukan penambahbaikan melalui usaha merekabentukTanah Perkuburan Islam Berkonsepkan Taman Teknologimenggunakan aplikasi Geographical Information System (G1S)sebagai nilaitambah dalam proses pembinaan tanah perkuburan Islam yang lebih sistematik. Lokasi kajian ini terletak di Tanah Perkuburan Islam, Parit Raja, Batu Pahat. Perkembangan yang berlaku ini memerlukan satu garis panduan yang jelas agar usaha yang dilakukan berada dalam ruang lingkup kepatuhan syariat 1slam.Justeru kertas kerja ini dihasilkan bagi menilai kepatuhan syariah dalam rekabentuk tanah perkuburan Islam berkonsepkan taman teknologi ini agar selari dengan anjuran Islam. Pendekatan kajian ini menggunakan kaedah temubual, permerhatian dan kajian perpustakaan. Hasil dari analisis kajian, terdapat tiga aspek utama yang perlu diambilkira semasa merekabentuk tanah perkuburan Islam berkonsepkan taman teknologi iaitu tujuan mengkebumikan jenazah, tujuan menziarahi kubur dan bentuk binaan di atas tapak perkuburan. Dapatan daripadakajian ini akan menjadikan rekabentuk Tanah Perkuburan berkonsepkan Taman Teknologi menepati kehendak syariat Islam,diterima serta dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat 1slam di Malaysia

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:tanah perkuburan Islam; taman teknologi; sistem maklumat geografi (GIS)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP160-165 General works on Islam
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Islamic Studies and Social Science
ID Code:7403
Deposited By:Mrs. Nurhayati Ali
Deposited On:07 Feb 2016 15:29
Last Modified:07 Feb 2016 15:29

Repository Staff Only: item control page