Model penerimaan teknologi lanjutan bagi meramal keinginan menggunakan sistem peringatan topi keledar

Ambak, Kamarudin and Rosli, Naida and David, Basil Daniel and Prasetijo, Joewono (2015) Model penerimaan teknologi lanjutan bagi meramal keinginan menggunakan sistem peringatan topi keledar. Jurnal Teknologi, 77 (1). pp. 163-169. ISSN 2180-3722

[img]
Preview
PDF
484Kb

Official URL: http://www.jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnal...

Abstract

Motosikal merupakan pengangkutan yang selalu digunakan di Malaysia berbanding pengangkutan lain seperti kereta. Namun begitu, setiap tahun penunggang motosikal merupakan penyumbang tertinggi terhadap statistik kemalangan jalan raya melibatkan kematian. Kajian ini akan memperkenalkan intervensi baru bagi meningkatkan keselamatan terhadap penunggang motosikal berkaitan dengan isu kecederaan terhadap kepala. Satu pendekatan baharu iaitu rekabentuk konsep Sistem Peringatan Topi Keledar (SPTK) dicadangkan. Model Penerimaan Teknologi digunakan dalam kajian ini untuk meramalkan niat tingkah laku menggunakan SPTK dalam kalangan penunggang motosikal. Borang kaji selidik telah diedarkan kepada 300 penunggang motosikal sebagai responden di Batu Pahat, Johor. Data telah dianalisis menggunakan analisis korelasi dan regresi berganda hierarkikal. Keputusan kajian menunjukkan kesemua pemboleh ubah adalah berkorelasi tinggi, mempunyai hubungan yang positif linear dan signifikan pada 0.01 (p<0.01). Analisis regresi berganda hierarkikal menunjukkan persepsi kemudahan tahu guna, niat tingkah laku menggunakan SPTK dan pemboleh ubah tambahan (persepsi keselamatan, norma subjektif dan norma deskriptif) adalah signifikan (p<0.05). Kesimpulannya, persepsi keselamatan, subjektif norma, deskriptif norma, persepsi tahu mudah guna dan tingkah laku menggunakan teknologi adalah peramal yang signifikan terhadap penggunaan topi keledar. Namun begitu, persepsi tahu kegunaan dan kelakuan terhadap menggunakan teknologi adalah tidak signifikan dalam meramalkan penggunaan topi keledar dalam kalangan penunggang motosikal.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penunggang motosikal; topi keledar keselamatan; model penerimaan teknologi; regresi heirarki
Subjects:T Technology > T Technology (General)
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics > TL1-484 Motor vehicles. Cycles
Divisions:Faculty of Civil and Environmental Engineering > Department of Infrastructure and Geomatic Engineering
ID Code:7435
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:01 Feb 2016 16:08
Last Modified:01 Feb 2016 16:08

Repository Staff Only: item control page