Pembangunan modul pembelajaran kendiri (MPK) perakaunan awalan (P1105) bagi pelajar semester 1 diploma akauntansi dan pemasaran di politeknik

Mohamed Rafi, Sharmili (2003) Pembangunan modul pembelajaran kendiri (MPK) perakaunan awalan (P1105) bagi pelajar semester 1 diploma akauntansi dan pemasaran di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24p SHARMILI MOHAMED RAFI.pdf

Download (630kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SHARMILI MOHAMED RAFI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (205kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SHARMILI MOHAMED RAFI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (47MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan membina dan mengkaji kesesuaian Modul Perakaunan Awalan (Pl 105) bagi topik Pelarasan Dan Pembetulan Kesilapan yang telah dihasilkan berdasarkan pengkajian Topik Sukar bagi pelajar yang mengikuti pengajian Diploma Pemasaran Semester 1 (DPR l) dan Diploma Akauntansi Semester 1 (DAT1) di politeknik - politeknik Malaysia. Antara aspek yang dikaji ialah untuk menilai sama ada modul yang dihasilkan mengandungi ciri-ciri modul yang berkesan darisegi rekabentuk modul dan mesra pengguna, serta dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelajar. Kajian ini dilakukan ke atas 121 orang pelajar Semester 1 yang mengikuti pengajian diploma dan 9 orang pensyarah yang mengajar subjek Perakaunan Awalan (Pl l 05) di Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS). Skor min bagi persoalan pertama dan persoalan kedua hasil analisis pensyarah dan pelajar yang membincangkan ciri -ciri modul darisegi rekabentuk dan mesra pengguna ialah 3.89 iaitu berada pada tahap baik. Manakala persoalan kajian ketiga membincangkan mengenai kategori modul memenuhi keperluan dan kehendak pengguna ialah 3.94 menunjukkan modul ini amat diperlukan oleh pelajar di dalam proses P & P. Secara keseluruhan keputusan yang dihasilkan bagi ketiga -tiga persoalan berada di tahap setuju dan baik. Di akhir bab ini beberapa pandangan telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu dan kualiti MPK yang dihasilkan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business > HF5520-5541 Office equipment and supplies
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 24 Jul 2022 03:47
Last Modified: 24 Jul 2022 03:47
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7451

Actions (login required)

View Item View Item