Persepsi pelajar terhadap panduan keselamatan makmal kejuruteraan awam KUiTTHO

Jusoh , Ahmad Yusni (2002) Persepsi pelajar terhadap panduan keselamatan makmal kejuruteraan awam KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
758Kb

Abstract

Berdasarkan kajian awal yang dijalankan, didapati kemalangan yang berlaku di makmal-makmal dan bengkel-bengkel institusi pengajian ataupun kilang-kilang perindustrian adalah semakin meningkat. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan ini seperti faktor pengurusan makmal, tingkahlaku dan disiplin individu di makmal, kerosakan pada mesin dan alatan dan akibat kelemahan yang terdapat pada sesuatu panduan keselamatan yang disediakan. Panduan keselamatan makmal amat penting kerana ia akan memberi panduan dan bimbingan kepada pelajar tentang aspek-aspek keselamatan di makmal. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap panduan keselamatan makmal sedia ada yang terdapat di makmal kejuruteraan awam KUiTIHO. Pengkaji ingin mengkaji keberkesanan panduan yang disediakan dari perspektif pelajar itu sendiri. Hasilnya diharapkan pihak-pihak tertentu yang terlibat dapat memperolehi idea untuk memperbaiki dan menambahbaikan panduan keselamatan yang sedia ada supaya ia lebih menarik dan sesuai dengan citarasa pelajar seterusnya menjadikan peraturan dan prosedur yang terkandung di dalamnya sebagai amalan semasa menjalankan ujikaji di makmal.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
ID Code:749
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:04 Apr 2011 10:37
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page