Penghasilan papan pengawal mikro (PPM) dan kesesuaian penggunaannya kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik di Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak

Awang Adi @ Jumaat , Md Syadiqin (2004) Penghasilan papan pengawal mikro (PPM) dan kesesuaian penggunaannya kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik di Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
901Kb

Abstract

Penggunaan pengawal mikro di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di politeknik masih belum digunakan secara meluas, meskipun penggunaannya telah lama diaplikasikan di dalam sektor perindustrian dan di institusi-institusi pengajian tinggi. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti kesesuaian penggunaan pengawal mikro di dalam proses pembelajaran di politeknik selaras dengan perkembangan penggunaannya pada hari ini. Bagi meninjau kesesuaian penggunaan pengawal mikro ini, Papan Pengawal Mikro (PPM) telah dibangunkan dan diuji di dalam subjek Projek. Kajian ini telah dilakukan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak (PUO)dan seramai 84 pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik telah dipilih. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan set soal selidik. Data dianalisa menggunakan Statistical Packages for Social Sciellce (SPSS) 11.0 for Willdows berdasarkan kaedah statistik deskriptif. Basil analisis data menunjukkan responden bersetuju terhadap kesesuaian penggunaan pengawal mikro diaplikasikan dalam proses pembelajaran di PUO.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
ID Code:753
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:04 Apr 2011 11:15
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page