Zainal, Ahmad (2016) Model kelestarian program TVET berasaskan kompetensi pensyarah dan amalan lestari Kolej Vokasional. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p AHMAD ZAINAL.pdf Download (723kB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
AHMAD ZAINAL COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (525kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
AHMAD ZAINAL WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) | Request a copy |
Abstract
Malaysia beriltizam untuk mengamalkan konsep kelestarian selaras dengan saranan UNESCO bagi memastikan masa depan yang lestari. Justeru, peranan dan sumbangan institusi TVET terhadap kelestarian adalah sangat proaktif dan praktikal untuk menangani isu pemeliharaan alam sekitar di samping meningkatkan ekonomi, sosial dan budaya tanpa menjejaskan generasi akan datang. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk menghasilkan Model Kelestarian Program TVET berasaskan Kompetensi Pensyarah dan Amalan Lestari di Kolej Vokasional. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan Sequential Exploratory Design dengan mengaplikasikan pendekatan tinjauan deskriptif dan inferensi. Pengumpulan data dilakukan dalam dua fasa iaitu; Fasa 1: memperoleh dan menganalisis data kualitatif berdasarkan analisis dokumen dan temu bual pakar. Analisis kebolehpercayaan Fleiss Kappa digunakan untuk menentukan indeks persetujuan pakar terhadap setiap item yang dibangunkan. Secara keseluruhannya, nilai pekali 0.85 pada elemen kompetensi dan indikator kelestarian program TVET manakala nilai pekali 0.73 pada elemen amalan kelestarian adalah berada pada skala baik. Seterusnya, pada peringkat Fasa 2: penyelidik memperoleh dan menganalisis data kuantitatif melalui soal selidik yang dibangunkan serta membentuk dan mengesahkan Model. Sampel kajian terdiri daripada 351 orang pensyarah Kolej Vokasional seluruh Malaysia mengikut zon terpilih. Dapatan kajian kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian Winstep V3.69.1.11 dan SPSS version 20.0 dengan pendekatan Model Rasch. Dapatan analisis elemen kompetensi pensyarah menunjukkan bahawa tahap sedia ada adalah sederhana (min=3.46) berbanding tahap yang diperlukan (min=4.40) adalah lebih tinggi. Bagi amalan lestari, tahap sedia ada (min=3.41) juga sederhana dan tahap yang diperlukan (min=4.41) adalah tinggi. Manakala kelestarian program TVET tahap sedia ada (min=3.10) adalah sederhana dan tahap yang diperlukan (min=4.42) adalah tinggi. Ianya menunjukkan bahawa secara umumnya tahap diperlukan adalah lebih tinggi berbanding tahap sedia ada. Hasil dapatan analisis ujian Wilcoxon-T berserta rajah boxplot terhadap elemen Kompetensi (z= -16.102; p < 0.05), elemen Amalan Kelestarian (z= -15.805; p < 0.05) dan indikator Kelestarian Program TVET (z= -15.901; p < 0.05) menunjukkan bahawa terdapat jurang perbezaan yang sangat tinggi antara tahap sedia ada dan tahap yang diperlukan pensyarah KV. Bagi ujian Analisis Regresi Pelbagai menggunakan kaedah Stepwise Estimation mendapati kesemua elemen pemboleh ubah bebas Kompetensi Pensyarah dengan nilai R2=0.374 menyumbang 37.4% varian lebih tinggi berbanding pemboleh ubah moderator iaitu Amalan Lestari dengan nilai R2=0.310 yang hanya menyumbang 31.0% varian terhadap Kelestarian Program TVET. Akhirnya, daripada dapatan analisis Model Kelestarian Program TVET telah dapat dibangunkan berasaskan Kompetensi Pensyarah yang terdiri daripada elemen; (Pengetahuan Vokasional, Kemahiran Kefungsian, Nilai dan Profesionalisme) dan elemen Amalan Lestari di Kolej Vokasional.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1041-1048 Vocational education (General) |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Miss Afiqah Faiqah Mohd Hafiz |
Date Deposited: | 30 Aug 2021 07:51 |
Last Modified: | 30 Aug 2021 07:51 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/760 |
Actions (login required)
View Item |