Pembentukan dan penilaian indikator bengkel kayu kejuruteraan awam cemerlang : satu kajian di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Mohd Yazit , Tengku nur Syarah Bariah (2003) Pembentukan dan penilaian indikator bengkel kayu kejuruteraan awam cemerlang : satu kajian di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
931Kb

Abstract

Laporan Projek Smjana ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk "Pembentukan dan Penilaian Indikator Bengkel Kayu Kejuruteraan Awam Cemerlang: Satu Kajian di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam". Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengurusan bengkel kayu samada cemerlang atau tidak, mengenalpasti sejauh manakah indikator yang dihasilkan sesuai digunakan di bengkel kayu serta mengenalpasti apakah indikator yang paling penting dalam menentukan kecemerlangan bengkel kayu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shall Alam. Responden adalah terdiri daripada 10 orang pensyarah, 4 orang staf sokongan dan 60 orang pelajar kursus Teknologi Berasaskan Kayu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Indikator yang dihasilkan dapat dijadikan satu piawaian yang dapat menjadi panduan samada bengkel kayu itu cemerlang atau tidak. Borang soal selidik diedarkan untuk mendapatkan maklumat dan program SPSS 10.0 for Windows (Statistical Packagev for the Social Science version 10.0 ) digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Data dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk analisis statistik secara deskriptif iaitu taburan skor min dan sisihan piawai. Dapatan menunjukkan hampir keseluruhan responden menyatakan bengkel kayu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah cemerlang dan indikator yang dihasilkan adalah sesuai digunakan. Responden pelajar telah memilih kemudahan dan peralatan yang mencukupi manakala pensyarah dan staf sokongan memilih proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebagai indikator yang paling penting dalam menentukan kecemerlangan bengkel kayu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
ID Code:762
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:04 Apr 2011 15:35
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page